Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir

Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir

Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir

Drama rantaian fenomena Rindu Awak Separuh Nyawa mengungguli carta drama Malaysia bagi tahun 2021, apabila berada di kedudukan pertama berbanding drama saluran televisyen lain.

Statistik itu dikongsikan Kantar Media menerusi sistem pengukur penonton televisyen dinamik, DTAM pada Khamis.



Bagi penerbit dan pengkaryanya, Siti Rosmizah Semail, dia sudah menjangkakan drama yang sarat emosi dan air mata itu akan mendapat tempat di hati penonton.

Jangkaan itu, katanya, dapat dirasakan selepas dia memutuskan untuk mengolah jalan cerita adaptasi daripada novel paling larisnya.

“Kita ada buat penambahan lain daripada dalam novel, jadi kita memang sudah buat perancangan sebab kita tidak mahu ada ‘spoiler’.

“Jadi apabila ia lain daripada dalam novel, jadi peminat-peminat yang telah membaca novel melihat ia lebih menarik tarikan.



“Itu antara yang menyebabkan drama ini melonjak naik dengan jayanya ditambah pula apabila pelakon-pelakon mengenali watak masing-masing dan memberi komitmen sepenuhnya untuk drama ini,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.

Kisah Nazril Nazim dan Kasih Maisara yang dilanjutkan sehingga 14 Jun depan bakal disulami dengan pelbagai kejutan.
“Kejutan demi kejutan akan berlaku yang mana kita nak tengok sekarang ini, Maisara dikatakan telah mati.

“Jadi kena tunggu dalam episod akhir, kita nak tengok betul ke Maisara tu sudah mati? Kalau ikut buku, betul Maisara hidup.

“Tapi mungkin kelainan yang kita tak tahu, mungkin itu khayalan sahaja oleh hero yang melihat isteri dia hidup, sedangkan dia sudah tidak ada lagi. Itu bukan jawapan dia.



“Namun, kelainan yang saya janjikan ialah satu jalan cerita yang lengkap yang mana saya yakin peminat- peminat akan puas hati dan akan merindui drama ini,” katanya memberi bayangan.

Rindu Awak Separuh Nyawa mengisahkan seorang gadis bernama Kasih Maisara yang sombong dan bongkak.

Namun pertemuan dengan Nazril Nazim membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
Niat pada mulanya hanya kerana dicabar, akan tetapi akhirnya bertukar menjadi cinta.

Saksikan drama hebat lakonan Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Drama itu turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Awani



Rindu Awak Separuh Nyawa ungguli carta drama 2021, kejutan di minggu akhir


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Apa cerita majlis Uqasha-Kamal?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker