Pakej badal haji murah di media sosial, jangan mudah terpedaya

Pakej badal haji murah di media sosial, jangan mudah terpedaya

Umat Islam di ingatkan tidak mudah terpedaya dengan tawaran mengerjakan badal haji yang kebelakangan ini semakin banyak dipromosikan, termasuk menerusi media sosial pada harga di antara RM2,000 hingga RM3,500 seorang, kerana dikhuatiri terdedah kepada penipuan.

Ini kerana bayaran permit mengerjakan ibadat itu oleh Arab Saudi adalah jauh lebih tinggi iaitu hampir SR12,000 atau RM14,000 berbanding bayaran ditawarkan syarikat pengendali di Malaysia.



Pakej murah ditawarkan di katakan mencurigakan dan tidak berasas sedangkan kerajaan Arab Saudi sudah menetapkan kos permit haji pada kadar tertentu, ter masuk untuk rakyat tempatan.

Susulan pelbagai langkah diam bil kerajaan Arab Saudi dengan mengetatkan peraturan pelaksa naan ibadat itu, hasrat umat Islam mengerjakan badal haji untuk orang tersayang menjadi semakin sukar.

Difahamkan, pada masa ini tiada pemastautin yang tinggal di Makkah dan Madinah sanggup mengambil upah bagi mengerjakan badal haji, berikutan kos ditanggung jauh lebih tinggi serta kesukaran mendapat permit mengerjakan ibadat itu, selain perlu mematuhi peraturan ketat pihak berkuasa negara itu.

Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun KC Ahmmu, mengakui iklan menawarkan badal haji semakin berleluasa berikutan permintaan tinggi umat Islam, dipengaruhi tawaran upah yang rendah selain berasakan ia tanggungjawab ‘wajib’ waris kepada si mati.



“Permintaan melonjak, membuatkan iklan semakin berleluasa, sedangkan hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana pengendalian badal haji ini ditunaikan kerana tiada agensi tadbir urus menyelia, selain amat mustahil dapat dilakukan kerana peraturan ketat pihak berkuasa haji Arab Saudi.

“Justeru, jangan terpengaruh kepada iklan disebarkan kerana dalam keadaan sekarang memang sukar untuk seseorang mengambil upah melaksanakan badal haji, termasuk pemastautin Makkah dan Madinah.

“Susulan pelaksanaan sistem kuota sekarang, badal haji sudah tidak seperti dulu lagi, sehingga timbul banyak keraguan mengenai kaedah pelaksanaannya,” katanya kepada BH.

Harun berkata, jika dilihat pada promosinya, ada pihak membuka penyertaan hingga ribuan tempat, sedangkan badal haji perlu dibuat atas kesediaan dan kesanggupan antara dua individu dan bukan menjadikannya satu perniagaan.



“Jadi, apakah jaminan oleh pengendali itu sedangkan warga Arab Saudi, pemastautin serta ekspatriat sendiri diwajibkan mendaftar, membayar dan mendapatkan permit haji pada kos yang sangat mahal.

“Selain itu, mereka yang diupah mengerjakan badal mesti yang sudah menunaikan haji, sedangkan setiap musim, kira-kira 98 peratus jemaah adalah yang pertama kali mengerjakan ibadat itu,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini dalam perihal berkaitan badal haji tiada kata putus oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atau Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) atau Lembaga Tabung Haji (LTH).

Badal haji tiada dalam permit



Katanya, Kerajaan Arab Saudi hanya memberi perkhidmatan kepada mereka yang mendapat permit menunaikan haji sahaja dan perkara badal haji tidak tertera dalam permit.

“Malah sekarang ini, tiada garis panduan jelas, sama ada badal haji tertera dalam skop lesen diberikan, pada masa sama, kerajaan sana juga mengetatkan kemasukan jemaah (untuk menunaikan haji).

“Tidak dinafikan ada jemaah pernah menunaikan haji, tetapi kembali mendapat panggilan menunaikan ibadat itu, tetapi mereka ini dalam jumlah yang sangat kecil untuk menjadi wakil menyempurnakan badal,” katanya.

Beliau berkata, walaupun ada rakyat Malaysia bertugas pada musim haji di Makkah tetapi jumlah mereka tidak ramai, selain tidak semua yang berkelapangan untuk melakukan badal haji, kerana perlu ada akad di antara dua pihak, terima dan setuju dengan bayaran berikutan tiada harga tetap.



Katanya, selain daripada pemastautin, badal haji biasa dilakukan orang Malaysia atau Indonesia yang menetap di Arab Saudi yang dikategorikan ekspatriat yang mempunyai permit kerja di negara berkenaan.

“Namun, sejak Kerajaan Arab Saudi mengenakan kawalan ketat, mereka yang ditangkap kerana melakukan kesalahan boleh diusir dari negara itu.

“Jadi ini sepatutnya ‘tanda amaran’ kepada orang ramai jangan mudah terpedaya pada pihak yang menawarkan khidmat badal haji kerana Arab Saudi menyekat mereka yang tidak mempunyai permit haji,” katanya.

Mengulas perkara sama, Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS), Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, mengakui memang wujud tawaran tidak munasabah berkaitan badal haji.



“Apa yang ditawarkan menerusi pakej yang diiklankan itu menimbulkan persoalan mengenai siapa di Tanah Suci sanggup menggalas tanggungjawab itu kerana kos sebenar ditanggung jauh lebih tinggi.

“Jadi senario di negara ini dan tanah Arab tidak berubah. Mana ada orang sanggup laksanakan jika mereka perlu membayar hampir SR12,000 atau RM14,000 berbanding bayaran dikenakan syarikat pengendali hanya RM3,000,” katanya.

Pada Jun tahun lalu, Pengarah Operasi Bimbingan Haji, Tengku Aziz Raja Abdullah, meminta rakyat negara ini berwaspada dengan taktik tawaran pakej badal haji, selain lambakan iklan yang pada harga tidak munasabah kerana ia seolah-olah tindakan mahu mengaut keuntungan.

Ahmad Ruzman berkata, Tabung Haji tidak melaksanakan badal haji ekoran peraturan semasa pihak berkuasa di Tanah Suci. BH

Pakej badal haji murah di media sosial, jangan mudah terpedaya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tak rasa bersalah ke jadi penyondol?

Farid Kamil, jumpa di mahkamah – Syamsul

Ramadhan telah tiba, jangan lakukan 10 perkara ini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker