PRNJohor : Wan Saiful disekolahkan

PRNJohor : Wan Saiful disekolahkan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menegaskan bahawa parti itu tidak akan menggunakan cara “Sheraton Move”, darurat atau “gantung Parlimen” untuk mempertahankan tampuk pentadbiran.

“Lebih baik PPBM masuk bertanding secara ‘perwira’, Umno bukan mahu mengambil kerajaan dengan cara ‘Sheraton Move’ atau mempertahankan kuasa melalui darurat sampai gantung Parlimen,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang menyifatkan Umno bersikap “rakus” berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Menurutnya, apa yang cuba diusahakan Umno adalah untuk mengembalikan mandat kepada rakyat untuk mendapatkan kerajaan yang mempunyai majoriti yang kukuh dan stabil.

Jelasnya, dengan kedudukan Umno yang kelihatan kukuh, beliau percaya parti itu mampu menawarkan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat Johor.

“BN mampu melakukan yang lebih baik untuk rakyat. BN akan mengemukakan “tawaran terbaik” demi kesejahteraan Johor yang berjiran dengan Singapura,” tambahnya.

Menjawab tuduhan Wan Saiful bahawa pembubaran DUN Johor adalah untuk melindungi kluster mahkamah, Puad menyifatkan hujah tersebut sebagai “basi” membuktikan Bersatu tidak mempunyai alasan konkrit untuk menghalang PRN Johor.

“Bersatu dan Wan Saiful jangan merasakan mereka sahaja yang betul dalam bab demokrasi. Mereka boleh buat ikut suka hati mereka, tetapi bila Umno mahu memulangkan kepada rakyat membuat pendirian, Bersatu pula yang meroyan.

“Umno juga tidak menggunakan pendekatan menawarkan jawatan untuk menerima wakil rakyat lompat untuk terus berkuasa,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, tiada keperluan untuk DUN Johor dibubarkan kerana politik di negeri itu sedang stabil dan tidak bergolak.

Beliau berpandangan bahawa, tindakan Umno Johor menggesa pembubaran DUN adalah usaha kluster mahkamah dan para penyokong mereka untuk mengukuhkan kedudukan selain mengalihkan perhatian rakyat daripada kes yang sedang dibicarakan.

Kenyataan Wan Saiful ini menyusul selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menandatangani watikah pembubaran DUN pada 5 petang semalam di Istana Bukit Serene. FMT

PRNJohor : Wan Saiful disekolahkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker