Ramasamy mabuk ke apa, soal Dr Akmal

Ramasamy mabuk ke apa, soal Dr Akmal

Ketua Pemuda Umno Akmal Salleh menyoal logik di sebalik menyokong “Bangsa Malaysia” sambil memperkukuhkan sekolah vernakular.

Dalam sanggahan terhadap bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang P Ramasamy (gambar bawah), Akmal berkata hujah sedemikian menjadi punca perpaduan kaum tidak dapat dipupuk.



“Kata parti kamu berbilang kaum, mahu membentuk bangsa Malaysia, tetapi bab pendidikan nak diasingkan?

“Orang politik seperti kamu inilah yang menjadi punca perpaduan antara kaum selama ini tak dapat disuburkan.

“Kamu mabuk ke apa,” katanya pada hantaran Facebook malam tadi.

Ungkapan ‘mabuk ke apa’ merujuk keadaan seseorang itu keliru atau tidak masuk akal.



Bagaimanapun, ungkapan mabuk juga merupakan stereotaip perkauman yang biasa ditujukan terhadap orang India.

Untuk rekod, Urimai parti baru yang diasaskan Ramasamy terbuka kepada semua kaum, tetapi “fokus kepada kaum India.”

Pada Rabu (6 Mac), Akmal mencadangkan agar Putrajaya memperhalusi sistem persekolahan, berkata mungkin sudah tiba masanya untuk sistem pendidikan satu aliran dilaksanakan.

Dia menggesa kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap sistem pendidikan vernakular, dengan menerapkan nilai-nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.



Sebagai maklum balas, Ramasamy berkata Akmal silap menyalahkan sekolah vernakular sebagai punca perpecahan kaum dan sebaliknya menyalahkan politik.

Mahkamah Persekutuan bulan lepas telah menolak rayuan oleh dua NGO yang mahu mengisytiharkan sekolah vernakular tidak berperlembagaan, sekali gus melindungi perlembagaan mereka.

Sementara itu Ramasamy berkata, dia menjangkakan Akmal akan menjawab secara rasional dan matang hujah yang dikemukakannya mengenai kewujudan sekolah berkenaan, namun sebaliknya berlaku.

“Tidak menghairankan, dia menjawab dengan mengatakan bahawa saya mungkin ‘mabuk’ atau ‘keliru’ tentang pembelaan saya terhadap sekolah vernakular.



“Dia cuba menjaja stereotaip dan klise perkauman yang biasa bahawa sebagai seorang berketurunan India, saya mungkin cenderung terhadap arak,” kata Ramasamy. Mk

Ramasamy mabuk ke apa, soal Dr Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?



Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker