Nazri Aziz tersenarai tanding PRU15

Nazri Aziz tersenarai tanding PRU15

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang sebelum ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dikatakan turut tersenarai sebagai calon yang dicadangkan bertanding di Parlimen itu.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau menerima 126 nama calon yang dicadangkan untuk bertanding di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk nama Mohamed Nazri yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Bahagian UMNO Padang Rengas.

Menurutnya, sama ada Mohamed Nazri akan dipilih sebagai calon di Parlimen Padang Rengas, perkara itu ditentukan oleh pucuk pimpinan parti.

“Sebagai penyandang, nama beliau ada dalam senarai calon yang dicadangkan oleh bahagian. Kesemuanya ada 126 nama calon untuk yang dicadangkan yang saya terima daripada keseluruhan bahagian termasuk penyandang.

“Nama mereka akan pergi ke top five dan top five yang akan buat keputusan, maknanya kemungkinan dia (Mohamed Nazri bertanding), namun tak pastilah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Daerah Kerian di Selinsing di sini hari ini.

Saarani yang juga Menteri Besar berkata, jika mengikut kenyataan Mohamed Nazri sebelum ini, Ahli Parlimen Padang Rengas itu memang tidak mahu bertanding pada PRU15.

“Kalau ikut dia sebut dia tak mahu (bertanding), tapi oleh kerana dia penyandang, Jawatankuasa UMNO Bahagian pun menamakan dia juga sebab dia penyandang, namun semuanya terpulang kepada top five parti untuk buat keputusan,” katanya.

Sebelum ini, Mohamed Nazri mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam PRU15 setelah enam kali menang tanpa pernah kalah di Parlimen Padang Rengas.

Dengan pengumuman tersebut, Mohamed Nazri sekali gus mengesahkan beliau bakal bersara dari dunia politik. Utusan

Nazri Aziz tersenarai tanding PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker