Nestle, Starbucks alami kesan negatif boikot pengguna

Nestle, Starbucks alami kesan negatif boikot pengguna

Boikot pengguna yang timbul daripada ketegangan geopolitik berkemungkinan akan memberi kesan negatif terhadap Nestle dan Starbucks di bawah Berjaya Food, demikian menurut penganalisis.

RHB Research menerusi satu nota penyelidikan berkata, kejadian lalu bagaimanapun menunjukkan kesan kecil terhadap perolehan atau harga saham, jika ada.



“Biarpun begitu, kami percaya boikot ini mungkin lebih memberi kesan buruk kepada Starbucks berbanding Nestle.

“Hal ini demikian memandangkan perbezaan dalam permintaan dan persaingan. Barangan Starbucks secara amnya bukan keperluan dan berada dalam pasaran yang mempunyai persaingan lebih sengit di mana pilihan-pilihan lain mudah didapati, manakala barangan Nestle kebanyakannya adalah makanan ruji dan ia memegang bahagian pasaran yang besar dalam kebanyakan segmen barangan yang diceburi.

“Buat masa ini, kami tidak mengubah ramalan perolehan sementara menunggu perkembangan lanjut dan bayangan daripada pihak pengurusan,” katanya dalam nota yang ditulis penganalisis, Soong Wei Siang dan Tai Yu Jie.

Dalam perkembangan lain, RHB Research berkata sentimen pengguna yang hambar dan perbelanjaan berjaga-jaga dilihat berterusan pada suku ketiga 2023, iaitu suku yang lazimnya perlahan dengan ketiadaan perayaan besar dan cuti yang panjang.



Oleh itu, katanya pertumbuhan pendapatan kasar syarikat-syarikat produk pengguna mungkin tidak begitu menggalakkan, berbanding asas tinggi pada suku kedua 2022 yang didorong oleh pembukaan semula ekonomi pascapandemik.

“Sementara itu, kami percaya kos operasi yang semakin menaik akan terus menghakis margin. Risiko perolehan lebih rendah mungkin lebih ketara dalam subsegmen barangan bukan keperluan pengguna kerana pengguna mungkin telah mengurangkan perbelanjaan bukan keperluan,” katanya.

Firma penyelidikan pasaran itu berkata, pilihan utama saham syarikat dalam sektor produk pengguna ialah MR DIY disebabkan oleh trajektori perolehan jangka dekat yang jelas, diperkukuh oleh faktor penggalak kos dan permintaan yang mantap.

“DXN pula diniagakan pada penilaian yang menarik meskipun pertumbuhan perolehannya kukuh dan margin untungnya adalah yang tertinggi dalam sektor.



“Mekanisme jualan hadapan Guan Chong, di samping saluran jualan yang teguh dan kelompok pelanggan dalam kalangan syarikat multinasional patut terus menyokong asas perolehannya yang mantap,” katanya.

RHB Research berkata, perolehan pada suku ketiga 2023 akan menunjukkan bukti lebih jelas mengenai sentimen pengguna yang berjaga-jaga ekoran peningkatan tekanan inflasi dan penurunan pendapatan boleh belanja.

“Hal ini, di samping risiko inflasi yang timbul daripada langkah-langkah reformasi, iaitu pewajaran subsidi, mungkin telah diambil kira dalam penilaian.

“Sebaliknya, pasaran pekerjaan yang stabil dan bantuan kewangan kerajaan yang diteruskan bagi membantu kumpulan berpendapatan lebih rendah patut menyokong perbelanjaan pengguna,” katanya. BH



Nestle, Starbucks alami kesan negatif boikot pengguna

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa



Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah



Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker