Suami pukul isteri, anak dengan kerusi di pagi raya

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditahan polis selepas memukul isteri dan anaknya dengan kerusi plastik dalam kejadian pada pagi hari raya di sebuah rumah di Taman Desa Sena, Tasek Gelugor di sini semalam.

Suspek berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.10 petang di rumah berkenaan selepas polis menerima laporan daripada isterinya berusia 51 tahun.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Aisisten Komisionet Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu dikatakan tercetus selepas anak mereka tidak menutup pintu rumah.



“Suspek telah mengamuk serta memukul anak perempuan berusia 19 tahun dan isterinya dengan kerusi plastik berwarna putih.

“Kejadian itu menyebabkan mereka berasa sakit pada badan sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorzainy berkata, hasil siasatan lanjut pihaknya mendapati suspek yang merupakan seorang muallaf itu kerap bertindak sedemikian sebelum ini kerana bersifat panas baran dan rumah tangga mereka berantakan.



“Pasangan itu sudah berkahwin sejak 20 tahun lalu dan mereka tinggal di rumah teres dua tingkat tersebut yang dibeli oleh isterinya yang bekerja sebagai pegawai kerajaan.

“Suspek yang merupakan bekas tentera dan bekerja kilang sudah tidak bercakap dengan isterinya sejak setahun lalu biarpun masih tinggal serumah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Lebih sebulan nikah, suami didakwa pukul isteri kerana mandi kolam di resort



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker