Usul Ismail Sabri Calon PM Terus Dapat Sokongan Bahagian – Mahdzir Khalid

Usul berkenaan tidak menimbulkan konflik di dalam UMNO memandangkan ia turut dipersetujui Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Usul Ismail Sabri Calon PM Terus Dapat Sokongan Bahagian – Mahdzir Khalid

KUALA NERANG: Usul menamakan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) terus mendapat sokongan sebahagian besar mesyuarat UMNO bahagian hari ini.

Ini termasuk UMNO Bahagian Padang Terap, Kedah; UMNO Bahagian Arau, Perlis dan UMNO Bahagian Tampin, Negeri Sembilan.



Sebaliknya, beliau berkata, usul itu menunjukkan kehendak akar umbi parti itu dalam menyokong keputusan yang telah diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini.

Beliau turut menjelaskan, usul berkenaan tidak menimbulkan konflik di dalam UMNO memandangkan ia turut dipersetujui Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ya (ini adalah suara akar umbi) UMNO, seperti di dalam (mesyuarat bahagian) Padang Terap semalam, kita bawa usul itu dan disokong tanpa bahas,” katanya.



Mahdzir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik, Sekolah Menenengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang kali ke-21 di Dewan Perdana SMK Kuala Nerang pada Ahad.

Sementara itu, Bernama melaporkan, di Negeri Sembilan, Ketua UMNO Bahagian Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa berkata sokongan kepada Ismail Sabri dipersetujui berdasarkan keupayaannya menstabilkan semula suasana politik negara, walaupun menerajui kerajaan campuran.

Di Perlis, Ketua Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata bukan hanya Bahagian Arau bersetuju dengan keputusan MT itu, malah hampir semua bahagian membuat pendirian sama.

Di Melaka, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata UMNO Melaka berikrar menjadikan PRU15 sebagai ruang menghapuskan pengkhianat dan mereka yang berpaling tadah dan menderhaka kepada parti.



Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah, di sini hari ini yang dirasmikannya turut meluluskan usul melantik seorang ahli Parlimen BN dari Melaka sebagai menteri penuh.

Sementara itu, di Pulau Pinang keseluruhan 13 Bahagian parti itu sebulat suara menyokong usul diketengah MKT parti itu sebelum ini, menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang berkata pihaknya juga membuat keputusan memberi tumpuan sepenuhnya kepada 13 Parlimen di negeri itu selepas kerajaan negeri tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Setakat ini, UMNO akan bertanding di lima kerusi Parlimen manakala MCA pula empat kerusi dan ada empat lagi kerusi yang sebelum ini Gerakan bertanding. Kerusi itu (Gerakan) akan ditentukan pucuk pimpinan, parti mana dalam BN yang akan bertanding, ” katanya. AA



Usul Ismail Sabri Calon PM Terus Dapat Sokongan Bahagian – Mahdzir Khalid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker