Harga jualan online naik RM5 lepas caj SST 8 peratus

Harga jualan online naik RM5 lepas caj SST 8 peratus

Rata-rata barangan yang dijual secara dalam talian menerusi platform e-dagang dilihat mengalami kenaikan harga berbanding semalam selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dinaikkan kepada lapan peratus berkuat kuasa hari ini.

Menerusi tinjauan Kosmo! di beberapa platform e-dagang, kenaikan berlaku sehingga RM5 termasuklah caj penghantaran yang mempunyai tambahan sebanyak RM0.29 untuk pembelian domestik.



Contohnya, sebelum ini bagi barangan dalam talian yang mempunyai berat di bawah dua kilogram (kg), caj penghantaran domestik hanyalah RM4.90, namun bermula hari ini ia sudah dinaikkan kepada RM5.19.

Sementara itu, semakan Kosmo! bagi jualan makanan dan minuman secara dalam talian juga berlaku peningkatan antara RM2 hingga RM5 bermula hari ini.

Meskipun, sebelum ini kerajaan mengumumkan bahawa SST dikecualikan untuk perkhidmatan makanan, minuman serta telekomunikasi, namun jika tiga barangan tersebut dijual secara dalam talian, ia turut mengalami kenaikan harga.

Kadar peningkatan SST dua peratus berbanding jumlah terdahulu telah diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2024 pada Oktober lalu yang merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya.



Langkah tersebut dilihat akan membantu kerajaan untuk terus menjana pendapatan untuk negara. K Online

Harga jualan online naik RM5 lepas caj SST 8 peratus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



30 ekor gajah datang berkunjung

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker