Rasa diterima, diiktiraf ‘jerat’ belia sertai gengsterisme

PETALING JAYA: Orang muda menyertai kumpulan atau geng jenayah kerana mereka percaya boleh diterima dan diiktiraf melaluinya, menurut Society for Community Development and Continuous Learning, sebuah NGO bekerjasama dengan belia dari keluarga berpendapatan B40.

Pengerusinya James Raj berkata, ia sebab mengapa golongan paling rentan adalah belia berasal daripada persekitaran yang kekurangan (dari segala aspek) dan mereka yang berasa disisih.

Beliau berkata, menyertai kumpulan gengster boleh memberi keuntungan kepada belia dan mereka rasa diiktiraf dan dilindungi.



Beliau memberitahu FMT, kes aktiviti gengster itu lebih banyak berlaku di flat kos rendah yang tidak mempunyai kemudahan dan sistem sokongan sosial yang mencukupi daripada kawasan lain.

Beliau berkata, flat terbabit cenderung mempunyai perekrut yang akan menyasarkan golongan muda berhenti sekolah sebagai ahli mereka.

“Perlu ada pendekatan pelbagai dimensi yang menangani isu struktur dalam masyarakat rentan, seperti jaringan keselamatan yang betul dan persekitaran hidup lebih selesa,” katanya, sambil menambah program berkesan perlu dimulakan dengan memperkukuh sistem sokongan keluarga.

Beliau berkata, belia memerlukan akses ke peluang pendidikan dan menyalahkan sekolah kerana melabel pelajar lelaki dan perempuan yang tidak bagus dalam akademik sebagai gangguan dan kegagalan.



“Sekolah gagal mengiktiraf kebijaksaan mereka yang lain, seperti sukan, seni dan sebagainya.”

AMARAN kepada Gengster! Saya akan ‘SAPU’ semuanya – Ketua Polis Negara

Mengulas mengenai cadangan pemimpin MIC untuk menangani gengsterisme dalam kalangan kaum India, beliau berkata gengsterisme perlu ditangani sebagai isu negara dan bukannya etnik.



Beliau berkata, organisasi yang bekerja dengan masyarakat India mempunyai sumber dan kemahiran untuk menangani masalah itu tetapi tidak menggabungkan kekuatan mereka.

Naib Presiden MIC C Sivarraajh baru-baru ini, mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengenal pasti pelajar yang menunjukkan kecenderungan menyertai gengster dan meningkatkan pengambilan pegawai India ke jabatan siasatan khas.

Beliau menyeru untuk menghidupkan semula Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik dan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme.

Raj berkata, membawa semula ketiga-tiga pasukan elit polis itu tidak akan ada bezanya jika tiada penguatkuasaan yang sistematik di kawasan panas. Beliau juga berkata, mereka perlu menjadi “agen perubahan” dan bukan sekadar menegakkan undang-undang.



Katanya, penambahan pengambilan pegawai India adalah cadangan dialu-alukan, tetapi menambah mereka perlu mempunyai “hati” untuk melihat perubahan dalam masyarakat.

“Kami memerlukan pegawai yang memiliki kemahiran untuk menangani belia dengan latar belakang yang kasar dan sukar seperti cinta dan peduli, memberikan mereka peluang kedua untuk menjadi orang dan rakyat yang lebih baik,” katanya. “Ini memerlukan banyak keberanian dan ketekunan.”

Raj juga berkata, kumpulan tempatan boleh bekerjasama dengan kerajaan dalam mengenal pasti belia yang akan mendapat manfaat daripada kursus yang mengajar mereka mengenai kemahiran yang boleh dipasarkan.

Beliau berkata, bekas gengster yang sudah menjalani hukuman dan mahu berubah perlu diberikan peluang pekerjaan di sektor keselamatan.



PDRM sedia beri senjata api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker