Pembeli rumah terkesan juga boleh ke mahkamah sivil – Peguam

PETALING JAYA: Pembeli rumah yang terkesan kerana tidak mendapat apa dijanjikan kepada mereka boleh ke Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan penyelesaian, kata seorang peguam.

Jadadish Chandra berkata, mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa dan kuasa untuk memberikan pelepasan kerana melanggar kontrak sehingga RM1 juta berbanding tribunal perumahan yang hanya boleh memberi pampasan maksimum RM50,000.

“Mahkamah Sesyen juga boleh mengubah perjanjian, bergantung pada bagaimana plaintif merayu kesnya,” kata Jadadish kepada FMT.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembeli memiliki lebih banyak kebebasan dalam bergantung pada kewujudan kontrak jaminan, selain perjanjian jual beli yang biasa mereka akan tandatangani.

“Seseorang boleh bergantung pada model skala rumah atau unit kondominium yang dipamerkan di ruang pamer jika ia didapati berbeza seperti dinyatakan dalam perjanjian,” katanya.

Beliau juga berkata, mahkamah sivil tidak terkekang seperti tribunal perumahan, “yang merupakan ciptaan kepada undang-undang tertentu”.

Bahaya besar menanti DAP, Amanah sekiranya ahli Parlimen Umno sokong Anwar

Jadadish memberi respons kepada keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu yang memutuskan tribunal perumahan hanya boleh memutuskan perselisihan antara pembeli dan pemaju sebagaimana dinyatakan secara jelas dalam perjanjian jual beli itu.

Mahkamah berkata, ia tidak boleh berdasarkan jangkaan pembeli terhadap unit yang dibeli sesuai dengan model pameran di bilik pameran pemaju.

Hakim tiga panel dipengerusikan Zaleha Yusof juga berkata, seorang pembeli dilarang membuat sebarang dakwaan di hadapan tribunal terhadap pemaju sekiranya mereka mengambil alih kekosongan dan mengubahsuai unit tersebut.

Barisan hakim, yang juga terdiri daripada Zabariah Mohd Yusof dan Rhodzariah Bujang, membuat penghakiman berkenaan dalam membenarkan rayuan oleh pemaju hartanah yang berpangkalan di Johor, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd (CGDB).

Pemaju itu membuat rayuan terhadap satu pemberian pampasan kepada pembeli pangsapuri kondominium bernilai RM1.6 juta yang berkata, pihaknya sudah menyerahkan premis tersebut tanpa balkoni berteduh.

Ho Chee Kian, seorang warga Singapura, menyerahkan kunci apartmen itu pada 2017.

Tribunal perumahan di Johor Bahru memberikan Ho pampasan sebanyak RM50,000 pada 2018 walaupun dia sudah mengubahsuai hartanahnya.

CGDB memohon semakan kehakiman tetapi kalah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Rumah SelangorKu: Lebih 200 pembeli ‘menangis’ dakwa kerajaan negeri lepas tangan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker