ND Lala buang anak isteri begitu sahaja – Fauziah

ND Lala buang anak isteri begitu sahaja – Fauziah

“Saya cuba ikhtiar, berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri.

“Sekarang sudah tiba masa melepaskannya. Bukan tanda mengalah, tetapi saya sudah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah.”



Demikian pengakuan Fauziah Sarman berkenaan kesudahan rumah tangga dengan suaminya, Datuk ND Lala.

Fauziah, 55, berkata, dia melihat ND Lala tidak lagi menghargai diri sejak 10 tahun kebelakangan ini.

“Saya digantung tak bertali dan ia berlaku sejak tahun lalu. Ketika balik selama tiga bulan, kehidupan saya jadi huru-hara.

“Dia memang fokus pada wanita itu dan dalam bahasa kasarnya, dia buang anak isterinya begitu sahaja. Dia memang buang kami.



“Sebab kahwin lain, seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Jika saya minta cerai, dia akan ceraikan, mungkin.

“Tetapi, dia pernah beritahu dengan rakannya itu, walau apapun dia takkan ceraikan saya,” katanya.

Fauziah memaklumkan, ND Lala pernah balik rumah selama tiga bulan pada 23 Januari tahun ini. Namun, keadaan menjadi huru-hara dan berlaku pergaduhan setiap hari.

“Kami bergaduh besar pada 1 April lalu. ND Lala entah macam mana buat pengakuan sudah berkahwin dengan Siti Munirah pada Disember lalu.



“Dia tipu saya kata Disember. Mungkin daftar Disember, tetapi menurut sumber, dia dan Siti Munirah sudah lama berkahwin, iaitu sejak lapan tahun lalu.

“ND Lala mengakui bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tetapi, saya cuba semak di pejabat agama tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat,” katanya.

Bagaimanapun, Fauziah menerusi Instagram (IG) hari ini mengesahkan ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu.

Fauziah memaklumkan, lafaz cerai itu dibuat di Masjid AR Rahman, Bangsar dan hanya dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp, semalam. BH



ND Lala buang anak isteri begitu sahaja – Fauziah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik



Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira



Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker