Resepi Kuih Seri Muka Memang Power


Resepi Kuih Seri Muka Memang Power

Menggiurkan Kuih Seri Muka Sebagai Pemanis Mulut Ketika Berbuka

MELIHAT kuih-muih yang dijual di bazar Ramadan terasa ingin borong kesemuanya. Tetapi mengenangkan harga dengan kuantiti rasa lebih berbaloi jika masak sendiri.

Maka hari ini tak perlulah bersesak-sesak ke bazar mencari pemanis mulut untuk berbuka.

Jom cuba satu resepi kuih tradisional iaitu kuih seri muka yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Masni Bahari.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaannya:

BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH

1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 sudu kecil gula
Sedikit garam

CARA PENYEDIAANNYA

1. Rendam beras pulut selama satu jam.
2. Kemudian satukan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati dan kukus pulut sehingga masak.
3. Seterusnya masukkan pulut ke dalam loyang dan padatkan.

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS

1 kotak kecil santan
1 kotak air pandan (sukat menggunakan kotak santan)
½ cawan gula
3 sudu tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Pewarna hijau
Sedikit garam

CARA PENYEDIAANNYA

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam pengisar kemudian kisar sehingga sebati.
2. Seterusnya, masak sebentar bancuhan tersebut dengan menggunakan api perlahan.
3. Apabila bancuhan sudah suam, tuangkan ke atas loyang pulut.
4. Kemudian kukus selama 40 minit.
5. Usai kukus, sejukkan kuih sebelum ia sedia untuk dihidangkan.

Sungguh mudah kan?

Menurut Masni Bahari, untuk mendapatkan hasil kuih seri muka yang baik perlu ikuti sukatan dan cara penyediaan dengan betul.

Sekiranya ‘derhaka’ pasti kuih seri muka kelihatan tidak sempurna.

Jadi apa tunggu lagi, boleh mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak petang nanti.

Selamat mencuba! Sumber Mas Bahari

Resepi Kuih Seri Muka Memang Power


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker