‘Pensyarah terlampau’ bukan staf UTM

‘Pensyarah terlampau’ bukan staf UTM

JOHOR BAHRU: ‘Pensyarah terlampau’ yang dikaitkan dengan soalan kaji selidik berunsur lucah kepada pelajar perempuan bukan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mengesahkan perkara itu Naib Canselor UTM, Ahmad Fauzi Ismail, berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes berkenaan dan pelajar terbabit juga dari universiti awam berlainan.

Fauzi turut memaklumkan kes itu masih dalam siasatan oleh universiti berkenaan.

“Kita telah merujuk kepada penasihat undang-undang UTM, pelajar itu bukan dari UTM dan kursus (yang tertera di soal selidik) itu tidak ada di UTM.

“UTM tidak ada kaitan, pensyarah itu tidak pernah berkhidmat (dengan UTM) dan tidak dikenali, kami sudah periksa…kami juga tidak tahu tujuan (mengapa soal selidik itu menggunakan logo UTM),” katanya menurut Bernama.

Beliau ditemui dalam Majlis Konvensyen Pentadbir Universiti Awam Malaysia.

Fauzi mengulas kes yang tular di Twitter baru-baru ini selepas seorang wanita dipercayai pelajar membuat ciapan mengenai soal selidik berunsur lucah yang mempunyai logo UTM itu diberikan oleh pensyarahnya.

Beliau berkata, UTM menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan lanjut memandangkan universiti berkenaan tidak terlibat.

Dalam kenyataan semalam, Ketua Polis Tangkak, Mohd Fadhil Minhat, berkata pihaknya mengesan laporan bertarikh 2 Jun tahun lalu yang tular di Twitter membabitkan kejadian itu.

Beliau berkata, semua pihak terlibat sudah dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Katanya, kertas siasatan juga sudah lengkap dan dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Perundangan Bukit Aman untuk arahan selanjutnya.

Terdahulu, menerusi ciapan Twitter, wanita tersebut dipercayai pelajar mendakwa kejadian membabitkan pensyarahnya itu berlaku sejak tahun lalu. FMT

‘Pensyarah terlampau’ bukan staf UTM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker