MB Negeri Sembilan Sertai Team Rafizi

Oleh Nurul Aisyah

PEMILIHAN PKR yang bakal berlangsung pada Mei ini sudah pasti sengit memandangkan Rafizi Ramli timbul semula selepas menghilang beberapa tahun. Beliau yang terkenal dengan “kaki propa” dan “kaki formula songsang” dijangka akan menghangatkan lagi pemilihan tersebut.

Pertandingan sengit akan melibatkan jawatan timbalan dan naib-naib presiden PKR.

Empat jawatan naib presiden mendapat 18 pencalonan. Antara 18 pesaing itu adalah bekas ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, penyandang jawatan naib presiden melalui lantikan Chang Lih Kang, bekas ahli parlimen Kapar G Manivannan, dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Keempat-empat mereka dilaporkan berada dalam pasukan Rafizi. Ini bermakna Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun telah menyertai “team” Rafizi.

Walaupun begitu, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari masih kekal menyokong Anwar Ibrahim. Beliau turut mencalonkan diri bertanding jawatan Naib Presiden.

Calon naib presiden lain ialah penyandang naib presiden Shamsul Iskandar Md Akin; penyandang ketua Wanita Fuziah Salleh; pengarah komunikasi Fahmi Fadzil; bekas pembantu Anwar, Farhash Wafa Salvador; dan Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid.

Turut bertanding ialah Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai, Ketua PKR Terengganu Azan Ismail, bekas naib presiden Mustaffa Kamil Ayub, bekas naib ketua Pemuda PKR S Thiban, Adun Sentosa G Gunarajah, Adun Chuah Michael Yek, Adun Bukit Selambau Dr R Summugam, dan Timbalan Ketua PKR Perak M A Tinagaran.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker