Polis ikut kehendak DAP – Hamzah

Polis ikut kehendak DAP – Hamzah

DAP merupakan parti yang menjadi punca perpecahan kaum dan agama di negara ini, kata pemimpin PN, Hamzah Zainuddin.

Bercakap di hadapan kira-kira 100 orang pada ceramah di Taman Medan, Selangor malam tadi, bekas menteri dalam negeri itu menegur anggota polis yang mengundi parti selain PN, dengan mendakwa mereka mengikut kehendak DAP.

“Kerana DAP-lah yang memecahbelahkan kaum dalam negara kita ini. Dulu semasa DAP kecil, sokongan DAP begitu kecil sekali.

“Negara ini aman. Orang Cina boleh niaga aman. India boleh buat apa saja. Melayu boleh hidup aman sejahtera tanpa diganggu sesiapa.

“Hari ni yang cakap macam-macam memecahbelahkan kita adalah DAP.

“Kalau polis yang undi bukan PN, juga mengikut kehendak DAP memecahbelahkan negara kita ini,” katanya.

Semalam, seramai 98,785 anggota polis, tentera dan pasangan mereka mengundi pada pengundian awal bagi enam pilihan raya negeri. Mk

Polis ikut kehendak DAP – Hamzah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak

Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker