Jangan bising Parlimen bubar, Warisan beritahu PN, PH
Jangan bising Parlimen bubar, Warisan beritahu PN, PH
Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua berkata pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu diterima semua pihak termasuk Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, PN dan PH tidak layak membantah keputusan itu kerana merekalah yang telah “menyerahkan baton” untuk pemimpin daripada Umno menjadi perdana menteri.
“Secara ringkas, kuasa terletak pada Umno, jadi mana-mana parti yang menyokong Umno sebelum ini, mereka tidak layak untuk bantah, lainlah kami (Warisan) sebagai pembangkang.
“Sekarang kuasa terletak pada Umno, jadi parti-parti yang menyokong Umno untuk mereka berkuasa, mereka tidak layak untuk bantah. Mula-mula sokong tapi sekarang bantah pasal banjir lah dan lain-lain.
“Dalam Perlembagaan Malaysia, kuasa (pembubaran Parlimen) terletak pada perdana menteri, jadi untuk Warisan, apa yang kami boleh buat hanya bersedia, kami harus fikir macam mana mahu meneruskan pilihan raya umum ke-15 dalam keadaan begini (musim banjir),” katanya.
Loretto berkata, selain parti dalam kerajaan, PH juga tidak layak untuk “membuat bising” serta membantah pembubaran Parlimen hari ini kerana mereka juga telah menyokong Ismail dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU).
“Mereka juga yang menyebabkan Ismail jadi PM, mereka yang letakkan ‘baton’ untuk Umno,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Warisan telah bersedia sejak tahun lalu untuk menghadapi PRU15.
Ini kerana, katanya, kerajaan yang memerintah negara tidak pernah stabil sejak kejadian Langkah Sheraton pada Mac 2020.
“Kami sudah tunggu dari tahun lalu kerana kerajaan ini tidak pernah stabil, bagi kami pilihan raya perlu diadakan sebelum musim tengkujuh.
“Pilihan raya juga perlu diadakan kerana kerajaan sekarang adalah kerajaan “pintu belakang” dan bukannya mandat daripada rakyat,” katanya.
Terdahulu, Ismail mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membuka laluan kepada PRU15. FMT
Jangan bising Parlimen bubar, Warisan beritahu PN, PH
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam
You must be logged in to post a comment.