Pekerja melecur, lori terbabas rempuh gerai masakan panas

KEADAAN gerai menjual masakan panas selepas dirempuh sebuah lori di Jalan Batu Balai-Cuchuh Puteri, Kampung Kenor, Kuala Krai, semalam. – IHSAN POLIS

KUALA KRAI: Seorang pekerja gerai makan masakan panas melecur pada bahagian dada dan belakang badannya akibat terkena sup panas yang sedang dimasak selepas sebuah lori merempuh gerainya di c

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, Nurda Rosiz @ Nirda Muhammad Sahimi, 31, dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini selepas kira-kira sembilan peratus kedua-dua bahagian badannya itu melecur.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai sedang memasak sup di bahagian dapur gerai tersebut.

Menurutnya, pada masa sama, sebuah lori jenis Hicom yang dipandu lelaki berusia 55 tahun dan kelindan berusia 17 tahun yang juga anaknya dipandu dari arah Kampung Telekong untuk pulang ke rumah mereka di Batu Balai di sini.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, lori tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua buah gerai makan iaitu gerai masakan panas tempat wanita itu bekerja dan gerai nasi lemak yang turut menjual nasi berlauk.

“Insiden itu menyebabkan mangsa yang berada di dapur gerai tidak sempat menyelamatkan diri sebelum terkena sup panas pada bahagian dada dan belakang badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Suzaimi, pemandu lori berkenaan turut cedera pada bahagian bahu selain luka pada dahi manakala anaknya cedera bahu kanan dan kedua-dua mereka turut dirawat di HSIP.

Katanya, siasatan mendapati, tiada pelanggan berada di gerai masakan panas itu semasa kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker