PH akui berpuas hati dengan Bajet 2022

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) berpuas hati dengan pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat kerana terdapat beberapa aspek dalam belanjawan tersebut yang mengambil kira cadangan PH.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, kerisauan terbesar PH dalam Bajet 2022 ialah keupayaan kerajaan untuk melaksanakan perkara yang telah diumumkan itu.

“Sebab kita tahu tahun lepas gah 150,000 komputer riba dijanjikan, rupa-rupanya bukan diberi tetapi dipinjamkan. Kemudian ambil masa hampir sembilan ke 10 bulan untuk sampai, itu pun masih ada yang belum menerimanya,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.

Justeru Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, aspek pelaksanaan itu adalah lebih penting, bukan sekadar membuat pengumuman tentang peruntukan terlibat.

Dalam pada itu, Naib Presiden Majlis Presiden PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Bajet 2022 telah mengambil kira beberapa perkara dibincangkan menerusi sesi libat urus antara kerajaan dan PH dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

 

Salahuddin
Salahuddin

 

Beliau yang juga antara wakil PH dalam MoU tersebut berkata, jumlah yang diperuntukkan dalam bajet tersebut juga sama seperti yang dipersetujui dalam MoU terbabit.

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat ketidakadilan dari segi pengagihan peruntukan tersebut mengikut negeri termasuk untuk Sabah dan Sarawak.

Pada masa sama, beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, pihaknya akan terus memantau pelaksanaan Bajet 2022 bagi memastikan ia sampai kepada golongan sasar.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM332.1 bilion bagi Bajet 2022 sekali gus menjadi nilai peruntukan tertinggi dalam sejarah.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, berkata, Bajet 20222 dirangka berdasarkan tiga fokus utama iaitu memperkukuh pemulihan ekonomi, membina daya tahan negara dan memangkin pembaharuan.

PH akui berpuas hati dengan Bajet 2022


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker