Kes Covid-19 menurun, 4,979 kes baharu hari ini

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,979 kes baru Covid-19 dengan kes kumulatif kini berjumlah 2,471,642.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas menurun sebanyak 11.3 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan ke hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pahang (+46.4 peratus), Terengganu (+29.2 peratus), Kedah (+26.5 peratus), Melaka (+26.2 peratus) dan Kuala Lumpur (+23.0 peratus).

Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan harinya melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Okt 30) di mana 5,854 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,401)
Sabah (650)
Sarawak (646)
Kelantan (450)
Johor (435)
Pahang (350)
Kedah (345)
Kuala Lumpur (309)
Pulau Pinang (270)
Terengganu (266)
Perak (231)
Melaka (223)
Negeri Sembilan (213)
Perlis (35)
Putrajaya (29)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: MKT Umno beri PM mandat berunding, elak parti dalam kerajaan bertembung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker