Peritnya berurusan di Hospital Pulau Pinang

Peritnya berurusan di Hospital Pulau Pinang

Luahan pembaca

Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya rasa sudah masanya hospital itu diberikan transformasi baik dari segi bangunan, perkhidmatan dan keselesaan pesakit serta warga kerjanya.



Sejak 2016 saya berulang-alik dari rumah ke hospital membawa anak mendapatkan rawatan. Masalahnya ialah hospital tidak mempunyai tempat letak kereta yang mencukupi dan menyebabkan pengguna disaman kerana memakir di bahu jalan.

Tidak berakhir di situ, pesakit perlu pula berdepan dengan kesesakan untuk mendaftar dan perlu menunggu hampir dua jam sebelum dipanggil menemui doktor.

Dalam bilik doktor, pesakit sekali lagi terpaksa bersesak dengan orang lain yang ada kalanya mencecah lapan orang pada satu-satu masa.

Selesai di situ, pesakit sekali lagi terpaksa bersesak ketika hendak mengambil ubat. Ini belum lagi bercakap mengenai keadaan di dalam wad.



Saya ingin mencadangkan Kementerian Kesihatan supaya membesarkan Hospital Pulau Pinang. Jika disebabkan masalah kekangan tanah, saya berpendapat mereka boleh mengambil alih Penjara Pulau Pinang untuk dijadikan tapak pembesaran hospital.

Ia ekoran penjara baharu telah dibina di Jawi dan pembinaan hospital baharu di tapak tanah penjara lama dapat menyelesaikan masalah demi kepentingan orang ramai. K Online

HALIM OSMAN

Peritnya berurusan di Hospital Pulau Pinang




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3



Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker