‘Dia cakap Pasal Siapa? Sebut Nama..’TMJ Cabar Sanusi Dedah Individu ‘Kawal’ Liga Malaysia

‘Dia cakap Pasal Siapa? Sebut Nama..’TMJ Cabar Sanusi Dedah Individu ‘Kawal’ Liga Malaysia

Arena bola sepak Malaysia tidak pernah sunyi dengan kisah-kisah sensasi.

Terbaharu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersuara berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor baru-baru ini.

Menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin, Tunku Ismail menggesa Muhammad Sanusi agar mendedahkan identiti individu dimaksudkan beliau, yang didakwa ‘mengawal’ Liga Malaysia.
“Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segalanya, ini cakap main sembur badut McDonald pun boleh.
“Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam, terus buat cerita sensasi nak naikkan ‘rating’. Sikap tipikal ahli politik,” tulis Tunku Ismail.

Sabtu lepas, Muhammad Sanusi mengulangi pendiriannya untuk menolak budaya ‘supreme’ atau memberikan kuasa penuh kepada seseorang individu dalam sukan bola sepak.

Bahkan, beliau mendakwa individu tersebut sanggup memberi bonus kepada mana-mana pasukan yang berjaya menewaskan Kedah dalam saingan Liga Malaysia.

“Dia ‘order’ sana, ‘order’ sini, suruh buat ini, suruh buat itu, kawan (ada pihak) nak pergi latihan sana, kena tanya dia dahulu.

“Lepas itu dia pusing pasukan lain, beri bonus kalau menang dengan Kedah. Saya tahu semua itu, dia ingat orang tak tahu, jangan bagi saya cerita semuanya,” katanya.

Kenyataan itu hadir beberapa hari selepas beliau mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menyebut perkataan ‘tokong’.

Begitupun, sama seperti kenyataan pada Sabtu, beliau tidak menyebut sebarang nama.

“Bola sepak ini bukan untuk individu dan tak boleh ada ‘tokong’ dalam sukan ini sampai semua nak pergi sembah dia dulu. Jangan ada tokong dalam bola sepak sebab bola sepak ini sukan untuk semua orang.

“Sebelum perlawanan, bawa banner besar tertulis ‘fair play‘ tetapi ada tokong,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman.

Kenyataan itu turut mendapat reaksi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyifatkan kenyataan itu kurang matang dan tidak bertanggungjawab.-AA

‘Dia cakap Pasal Siapa? Sebut Nama..’TMJ Cabar Sanusi Dedah Individu ‘Kawal’ Liga Malaysia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker