Kemampuan Mahkamah Akan Dinilai Bila Pengundi Saman Wakil Rakyat

 

KEMAMPUAN mahkamah di negara ini akan dilihat menerusi pengendalian saman yang dikemukakan oleh pengundi terhadap wakil rakyat mereka.

Kes terbabit semestinya melibatkan pengundi di Parlimen Gombak yang membuat tuntutan fidicuary duty dan penipuan (deceit) terhadap Ahli Parlimennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Malah, terdapat pelbagai pandangan terutama persepsi mengatakan tindakan sedemikian sukar diambil kerana Mohamed Azmin merupakan seorang anggota kabinet.

Adakah, seorang menteri kebal daripada tindakan undang-undang, seolah-olah mereka tidak boleh dikenakan tindakan mahkamah walaupun melakukan kesalahan?

Hal seperti ini dikatakan terjadi kerana dipercayai berpunca daripada sikap anggota Dewan Rakyat yang melompat parti dan disifatkan sebagai ‘kedurjanaan politik’.

“Adakah mahkamah mampu membicarakan kes sivil ini sebagai sumbangan kearah kematangan politik negara?

“Bagi saya, perlu adanya cara mengatasi ‘kedurjanaan politik’ dengan mengiktiraf bahawa seorang wakil rakyat juga ada kewajipan fidusiari dan tidak boleh menipu pengundi-pengundinya.”

Kata Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, dalam hantaran Facebooknya hari ini mengulas isu tuntutan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di mahkamah.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan satu tuntutan dibuat oleh pengundi di Gombak terhadap Mohamed Azmin sebagai wakil rakyat mereka.

Mahathir sedia jadi saksi kes pengundi Gombak saman Azmin

Kes tersebut menjadi lebih menarik apabila, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut menawarkan diri untuk menjadi saksi bagi pihak plaintif.

Kata Shahrir, kes tersebut menandakan satu pengikitirafan juga diberikan kepada ‘katak politik’ bahawa tindakan mereka wajar berdasarkan hak di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dakwa bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mencatatkan sejarah kerana paling ramai disokong oleh Ahli Parlimen yang lompat parti.

“Jadi walaupun kerajaan Muhyiddin sebenar sebuah pemerintahan yang tertubuh daripada paling ramai ‘katak politik’ dalam sejarah negara, kesahihan kerajaan ini terlindung oleh Perlembagaan Malaysia.

“Negara kita tidak ada ‘recall system‘ yang membolehkan pengundi membuat petisyen supaya diadakan pilihan raya semula apabila berlakunya satu ‘kedurjanaan’ politik seperti meninggalkan parti asalnya.

“Jadi saman sivil ini merupakan satu kes mahkamah yang sangat menarik,” selorohnya. – SM

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker