Psar Borong Selayang Tutup 4 Hari, 90 Kes Positif Covid-19

 

Lebih 90 kes positif Covid-19 dilaporkan di Pasar Borong Selayang kata Presiden Persatuan Pemborong Ikan Hoi Seong Kuala Lumpur, Sing Kian Hock.

Jumlah itu katanya termasuk lebih 30 kes yang dilaporkan membabitkan kalangan pemborong ikan serta pekerja mereka bagi tempoh minggu lalu saja.

“(Selepas 30 kes disahkan) saya berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan memutuskan untuk menghentikan operasi selama empat hari pada minggu ini agar semua orang boleh disaring.

“Setakat ini ada 93 atau 94 kes yang sudah disahkan,”

Tambah Sing gerai-gerai pemborong ikan di situ ditutup serta-merta dan hanya akan dibuka kembali pada pagi Jumaat ini.

Sebelum ini kira-kira 600 pekerja di pasar borong berkenaan menjalani ujian saringan selepas beberapa kes awal di kesan di situ

Sin Chew Daily pula melaporkan Presiden Persatuan Pemborong Sayur-sayuran Kuala Lumpur Wong Keng Fatt berkata pihak berkuasa mengarahkan semua pihak melakukan ujian Covid-19 sebelum memasuki pasar berkenaan mulai Jumaat.

Dia juga dilaporkan berkata persatuan terbabit akan membantu menjalankan ujian pantas ke atas semua pemborong, pengedar dan pengunjung yang mahu memasuki pasar tersebut.

Keputusan ujian berkenaan kemudian diketahui dalam tempoh 20 minit.

Sementara itu, kata Wong, semua gerai menjual makanan dan buah-buahan akan dibuka seperti biasa.

Katanya pihak berkuasa juga dilaporkan menunggu keputusan ujian ke atas semua pekerja gerai sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum bertemu dengan peniaga.

Jika banyak kes positif dikesan, semua gerai berkenaan akan ditutup mulai Khamis sehingga Sabtu ini.

Related Articles

Back to top button