Mahathir sedia jadi saksi kes pengundi Gombak saman Azmin

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sedia menjadi saksi di mahkamah dalam kes pengundi Gombak saman Ahli Parlimen mereka, Azmin Ali.

Beliau berkata mahkamah forum paling sesuai untuk mengesahkan dakwaan terhadap menteri kanan itu.

“Saya melihat keberanian rakyat mempersoal kredibiliti dan integriti seorang Ahli Parlimen seperti Azmin sebagai satu proses mematangkan pendemokrasian negara,” katanya.

Sekumpulan pengundi Gombak memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen mereka, Azmin Ali, atas dakwaan penipuan dan melanggar kewajipan fidusiari, sembilan bulan selepas Langkah Sheraton yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.



Sepuluh plaintif mahu suatu pengisytiharan bahawa Azmin, selaku Ahli Parlimen, mempunyai tugas fidusiari dan/atau pemegang amanah dalam hubungannya dengan pengundi.

Dalam saman yang difailkan Tetuan Yohendra Nadaraja di Mahkamah Tinggi minggu lepas, plaintif juga mahu suatu pengisytiharan bahawa Azmin sudah melakukan tort penipuan terhadap mereka.

Peguam Haniff Khatri berkata, tindakan 10 orang penduduk Gombak menyaman Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali kerana melompat parti akan menjadi ujian kepada Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, sejak dari peristiwa yang digelar “Sheraton Move” pada 23.02.2020 sehingga membawa kepada perubahan Kerajaan Persekutuan pada 01.03.2020, tidak pernah lekang di medan perbahasan sesama para analisis perundangan mahupun politik, mahupun di Parlimen, apatah lagi di kalangan Rakyat biasa samada di warung kopi ataupun di alam maya berhubung keabsahan Kerajaan Persekutuan kini, yang turut mempersoalkan integriti Wakil Rakyat terbabit yang dikatakan telah mencabuli mandat Rakyat selepas PRU-14.



Saman penduduk Gombak ke atas Azmin akan uji hak pengundi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker