Senarai 8 kontraktor didakwa tipu bida projek kerajaan RM473 juta

Senarai 8 kontraktor didakwa tipu bida projek kerajaan RM473 juta

Lapan kontraktor didakwa terlibat tipuan bida berkait projek pembinaan jalan dan tebatan banjir bernilai RM473 juta, lima tahun lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) Hishamudin Yunus, berkata syarikat berkenaan terbabit dalam dua tender dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan satu tender Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).



“Enam perusahaan iaitu, Dutamesra Bina Sdn Bhd, IDX Multi Resources Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd, Menang Idaman Sdn Bhd, Meranti Budiman Sdn Bhd, dan Pintas Utama Sdn Bhd, telah berpakat dalam semua tiga tender tersebut.

“Manakala, NYL Corporation Sdn Bhd terlibat dalam kedua-dua tender JKR dan Kiara Kilat Sdn Bhd hanya terlibat dalam salah satu dari dua tender JKR,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, perusahaan berkenaan telah berpakat melakukan aktiviti tipuan bida melalui perkongsian maklumat serta koordinasi dalam penyertaan tender tersebut.

Beliau berkata, keputusan cadangan telah dikeluarkan kepada lapan kontraktor berkenaan pada 16 Apr atas pelanggaran Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 dan telah disampaikan kepada pihak terlibat, semalam.



Katanya, semua syarikat diminta mengemukakan kenyataan bertulis dalam tempoh 30 hari bermula 22 April, dan mereka boleh memilih untuk membentangkan kenyataan lisan kepada MyCC pada suatu tempoh yang akan ditentukan kemudian.

“Perlu ditekankan bahawa penemuan MyCC melalui keputusan cadangan adalah dapatan awal, maka tidak boleh diandaikan bahawa mana-mana perusahaan telah melanggar Akta Persaingan 2010 pada peringkat ini.

“Seperti yang diperuntukkan dalam akta, perusahaan-perusahaan ini juga telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan,” katanya.

Beliau berkata, MyCC akan mengeluarkan keputusan akhir selepas mempertimbangkan representasi perusahaan bersama-sama bukti diperolehi hasil penyiasatan. FMT



Senarai 8 kontraktor didakwa tipu bida projek kerajaan RM473 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau



Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah



Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker