Menangis sejurus bebas hukuman gantung

Georgetown: Seorang penganggur menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah, dua tahun lalu.

Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohd Amiruddin Mazlan, 31, di akhir kes pendakwaan.

Mohd Radzi dalam keputusannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah berkenaan,



“Adalah tidak munasabah bagi orang yang ada dadah jenis heroin hanya duduk diam sahaja tanpa melarikan diri, sedangkan tertuduh ada peluang untuk melarikan diri dengan menaiki motosikal kerana jarak tertuduh dengan motosikal hanya 50 meter.

“Adalah tidak munasabah apabila pasport tertuduh disimpan dalam beg yang mempunyai dadah,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mohd Amiruddin didakwa mengedar heroin seberat 16.2 gram (g) dan monoacetylmorphines (2.7g) di tepi jalan Lintang Merak, Sungai Nibong, di sini pada 10.45 malam 23 Oktober 2018.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan 15 kali sebatan, jika sabit kesalahan.



Tertuduh yang mendengar keputusan hakim itu terus menangis dan menadah tangan tanda kesyukuran terhadap pembebasannya daripada kes berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee, manakala tertuduh diwakili peguam S Retina Kumar dan S Tamil.

SAH Guan Eng akan hadapi 2 tuduhan rasuah baru Jumaat ini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker