131 PATI melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Bidor, polis mulakan “Ops Tutup”

TAPAH: Polis mengesahkan seramai 131 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi, berkata mereka terdiri daripada 115 lelaki etnik Rohingya, dan 16 lelaki warga Myanmar.

Katanya, maklumat pertama berhubung kejadian itu diperoleh melalui panggilan yang diterima berkenaan kejadian yang berlaku di blok lelaki, di sini malam tadi.



“Seorang lelaki disyaki tahanan yang melarikan diri turut maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di KM335 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara).

“Usaha mencari tahanan yang lolos sedang giat dijalankan termasuk melalui bantuan pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 Bidor dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta JSJ Bukit Aman.

“Setakat ini, belum ada tangkapan terhadap PATI yang lolos itu,” katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 132 tahanan PATI etnik Rohingya melarikan diri Depot Imigresen Sementara Bidor di sini, malam tadi.



Susulan kejadian jam 9.50 malam itu, Op Tutup dijalankan membabitkan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan bagi menjejaki semua mereka mereka yang lolos.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-4015222,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 223 dibaca bersama Seksyen 224 KK, dengan usaha mencari tahanan yang lolos sedang giat dijalankan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental



Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5



Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker