Bungkusan berisi mayat bayi ditepi pagar masjid

Bungkusan berisi mayat bayi ditepi pagar masjid

KUALA PILAH: Tiga remaja lelaki terkejut mendapati bungkusan misteri ditemui mereka ketika membersihkan tembok Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, dekat Juaseh, di sini, mengandungi kotak berisi mayat bayi.

Bungkusan misteri itu ditemui mereka kira-kira jam 3.30 petang ketika masing-masing terbabit gotong-royong membersihkan pagar masjid berkenaan untuk dicat baharu.



Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Shariza Sharif, 55, mengesahkan penemuan bungkusan berisi mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu yang turut mengejutkan penduduk kampung.

“Selepas ditemui bungkusan itu, mereka (tiga remaja terbabit) memeriksa kandungannya sebelum mendapati terdapat seorang bayi yang masih bertali pusat di dalamnya.

“Bagaimanapun ketika ditemui, bayi itu sudah tidak bernyawa sebelum laporan polis dibuat mengenai penemuan itu,” katanya yang juga seorang pesara polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, ketika dihubungi berkata mayat bayi perempuan itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.



“Setakat ini usaha mengesan ibu bayi itu giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya. BH

Bungkusan berisi mayat bayi ditepi pagar masjid

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar



Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker