Terpaksa Bedah Potong Tangan Akibat Kemalangan

Pasir Gudang: Polis giat mengesan pemandu lori bagi membantu siasatan kes langgar lari di Kilometer 28 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini, semalam, yang mengakibatkan pekerja selia selenggara jalan menjalani pembedahan potong tangan akibat kecederaan dialaminya.

Dalam kejadian itu 11.50 pagi itu, pekerja lelaki berusia 55 tahun parah di tangan kanan selepas lori dinaiki bersama dua pekerja lain dirempuh lori lain di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis daerah Seri Alam Deputi Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, ketika kejadian, mangsa berdiri di platform hidrolik di belakang lori dinaiki bersama rakan sekerja.

Katanya, lori dinaiki mangsa ketika itu mengesan jalan yang berlubang untuk kerja baik pulih dan apabila tiba di lokasi kejadian, lori terbabit dilanggar sebuah lori lain.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang berusia 55 tahun parah di tangan kanan dan terpaksa dipotong di bahagian siku ke bawah ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Seorang lagi rakan sekerja mangsa yang berusia 27 tahun hanya cedera ringan di lutut kanan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Shahrulanuar Mushaddat berkata, lori terbabit merempuh kenderaan dinaiki mangsa tidak berhenti di tempat kejadian, sebaliknya menghilangkan diri.

Katanya, polis kini giat menjalankan usaha untuk mengenal pasti lori yang terbabit dalam kejadian itu.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

“Mereka boleh menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Seri Alam di talian 07-3864222,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

‘Dekat Situ Memang Orang Bawak Laju…’ – Pakcik Susun Kon Kena Langgar, Tangan Sampai Nampak Isi Dalam!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker