Masjid ditutup 225 tahun di Mesir dibuka semula

Masjid Al-Zahir Baybars di Kaherah, Mesir yang dibina pada 1268 oleh Mamluk Sultan al-Zahir Baybars al-Bunduqdari dibuka semula selepas jalani proses pemulihan yang lama.

Masjid ditutup 225 tahun di Mesir dibuka semula

KAHERAH: Sebuah masjid abad ke-13 yang rosak selepas digunakan selama bertahun-tahun sebagai kilang sabun, pusat penyembelihan dan kubu dibuka semula semalam selepas menjalani kerja-kerja pemulihan yang lama.

Masjid Al-Zhahir Baybars yang dibina di bawah pemerintahan Mamluk pada 1268, merangkumi kawasan seluas 1.2 hektar di utara Kaherah, menjadikannya masjid ketiga terbesar di Mesir.

Masjid itu menjalani pemulihan mekanikal dan kimia untuk mengembalikannya kepada keadaan asal, kata Tarek Mohamed El-Behairy, yang menyelia pemulihan itu.

“Ada bahagian yang musnah, ada bahagian yang digantikan kerana strukturnya tidak sesuai untuk kekal dalam masjid.

“Tetapi kami sangat berminat, walaupun dalam proses pembinaan semula, untuk bekerja mengikut gaya arkeologi yang betul,” katanya.

Kerja-kerja pemulihan yang menelan belanja AS$7.68 juta (RM35.16 juta) itu dibiayai bersama dengan Kazakhstan dan bermula pada 2007.

Selama 225 tahun, masjid itu sama ada ditutup, ditinggalkan atau beroperasi untuk tujuan bukan agama yang menyumbang kepada kerosakannya.

Ketika kempen Napoleon di Mesir, ia digunakan sebagai kubu tentera, kemudian di bawah pemerintahan Uthmaniyyah pada abad ke-19 sebagai kilang sabun. Kemudian, apabila British menyerang Mesir pada 1882, ia digunakan sebagai rumah penyembelihan.

Al-Zahir Baybars adalah seorang tokoh terkemuka dalam sejarah Mesir dengan mengukuhkan pemerintahan Mamluk di Mesir yang berlangsung selama tiga abad hingga 1517.

Masjid ditutup 225 tahun di Mesir dibuka semula

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker