Riena Diana kesal insiden muka disepak jadi bahan jenaka

Riena Diana kesal insiden muka disepak jadi bahan jenaka

Pelakon Riena Diana meluahkan rasa kesal apabila video insiden mukanya disepak ketika melakukan aktiviti ‘water rafting’ dimuat naik dalam media sosial, baru-baru ini.

Riena berkata, insiden berkenaan terjadi kerana disengajakan sehingga dijadikan bahan jenaka dalam media sosial milik pengusaha sukan lasak sehingga tular.



“Apa yang dimuat naik dalam media sosial adalah persetujuan saya sendiri, cuma bila ada pihak lain yang muat naik dan gunakan saya sebagai ‘content’, mereka perlu minta kebenaran dahulu.

“Perkara ini terjadi dengan disengajakan. Bila kami main ‘water rafting’, semua dalam keadaan bersedia, sudah diajar. Bila lihat video ini, jurulatih yang berada di hadapan dan belakang juga bersedia.

“Mereka tahu akan melanggar batu, tapi kami tidak tahu. Jadi, perkara ini disengajakan.

“Saya marah, kenapa sengaja nak tengok saya begitu, ibaratnya gurauan bodoh. Biarlah matang sikit untuk buat ‘content’,” katanya ketika ditemui.



Dalam pada itu, Riena memaklumkan pelakon Syazuwan Hassan juga memohon maaf kepadanya ketika kejadian, namun mempersoalkan bagaimana pengusaha sukan lasak tiada empati dengan insiden berkenaan.

“Bayangkan kaki Syazuwan tersepak ke muka saya dan sakit teramat sangat. Macam mana dia (pengusaha) boleh buat kelakar ketika saya sedang sakit? Mereka juga tak minta maaf, semua orang terkejut.

“Dia hanya boleh gelak dan cakap tidak mengapa, ini untuk content. Mana adab, akal fikiran yang Allah beri? Mana ‘common sense’ awak untuk minta maaf kepada saya?

“Mereka tidak ada kata maaf dan cakap nak jadikan perkara itu sebagai ‘content’, dan muat naik dalam media sosial. Untuk apa sebenarnya?,” soal Riena.



Namun, pihak pengusaha menghantar kiriman ringkas dengan memohon maaf dan memaklumkan video berkenaan sudah dipadam dalam akaun media sosial.

“Mereka mesej minta maaf dengan hanya tulis ‘sorry, dah delete’.

“Tak kisahlah awak pemilik syarikat besar atau kecil, adab itu sangat penting.

“Sememangnya saya tak okay, tapi kena ‘move on’ kerana perkara ini terlalu remeh untuk diperbesarkan. Cuma, saya rasa tak perlu ada sikap buli ini.



“Selepas muat naik hantaran mengenai perkara ini, ramai mesej saya dan mengatakan turut melalui pengalaman sama dengan saya,” dakwa Riena.

Kata Riena, dia tidak berfikir mengambil tindakan saman kerana tidak mahu menjejaskan perusahaan sukan lasak itu.

Malah, katanya, dia masih trauma atas kejadian berlaku.

Terdahulu, tular rakaman video yang dimuat naik pengusaha sukan lasak dengan memaparkan Riena dan beberapa selebriti lain melakukan aktiviti ‘water rafting’.



Namun, bot dinaiki terlanggar batu dan kaki Syazuwan tersepak ke muka Riena tanpa sengaja. XTRA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker