PM saksikan pemberian dos vaksin AstraZeneca kesejuta

Ismail Sabri (kiri) menyaksikan pemberikan vaksin ke sejuta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyaksikan pemberian dos vaksin AstraZeneca yang kesejuta di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).

Jumlah pemberian dos vaksin AstraZeneca kesejuta itu tercapai pada hari ke-115 pengoperasian PPV Mega WTCKL hari ini.

Pemberian suntikan vaksin AstraZeneca kesejuta itu dilakukan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim.

PPV Mega WTCKL mula beroperasi pada 5 Mei 2021 dengan pemberian dos sebanyak 2,300 sehari, kemudian dipertingkat kepada 8,100 dos bermula 5 Jun 2021 dan kini 18,000 dos sehari.

Penerima dos vaksin AstraZeneca yang kesejuta, Zamratulazmi Sarmadi, 38, berkata, beliau tidak menyangka dirinya merupakan penerima dos yang kesejuta.

Beliau yang merupakan jurugambar di sebuah kementerian tiba di PPV Mega WTCKL sebelum Zuhur untuk menerima suntikan dos kedua AstraZeneca.

“Saya datang dari Batu Caves dimaklumkan merupakan penerima dos yang kesejuta. Lagi membuat saya teruja kerana dimaklumkan Perdana Menteri akan menyaksikan proses suntikan ke atas saya,” katanya.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kakitangan KKM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker