Siti lebih rela Aafiyah jadi ahli perniagaan

Siti lebih rela Aafiyah jadi ahli perniagaan

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak sesekali menghalang minat Siti Aafiyah Khalid sekiranya permata hatinya itu memiliki bakat menyanyi sepertinya.

Namun, jika diberi pilihan, penyanyi lagu Jerat Percintaan itu lebih berharap Aafiyah menjadi ahli perniagaan atau memilih kerjaya lain di luar bidang seni.



Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa juga seperti ibu bapa lain yang mahu anak-anaknya, Aafiyah dan Muhammad Afwa memiliki kerjaya yang terbaik.

Berasakan bukan senang menjadi seorang artis, Siti bimbang sekiranya Aafiyah tidak mampu berdepan cabaran dan rintangan sebagai pejuang seni.

“Saya sudah melalui segala-galanya selama 26 tahun bergelar penyanyi. Namun, saya bersyukur dijaga oleh ahli keluarga, jadi saya diuruskan dengan baik.

“Jauh di sudut hati, sebagai ibu sudah tentu ada kerisauan Aafiyah mampu atau sebaliknya. Adakah anak saya saya akan hanyut dan sebagainya.



“Itu menjadi kerisauan ibu bapa seperti apa yang dilalui ibu bapa saya.

“Kalau suami nak Aafiyah jadi ahli perniagaan dan meneruskan legasi perniagaan kami, itu membuatkan saya lebih gembira. Bukan senang nak jadi selebriti, tidak seindah disangka, tak seburuk yang diduga,” katanya kepada BH Online.

Siti ditemui pada sidang media Konsert A Night To Remember Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, kelmarin.

Sejak akhir ini, video memaparkan Aafiyah menyanyi sering dikongsi pengguna media sosial, sekali gus ramai beranggapan si comel berusia empat tahun itu akan mengikut jejak langkah ibunya sebagai penyanyi.



Mengulas lanjut, Siti berkata, Aafiyah mempunyai pilihan sendiri apabila besar kelak.

Katanya, apa yang penting anak sulungnya itu tahu membawa diri.

“Bakat adalah anugerah Allah. Saya pun dapat bakat saya daripada ibu saya. Tinggal sahaja, adakah itu pilihan saya atau pilihan anak saya.

“Sebagai ibu, saya kena menyokong dari segi minat dan bakat Aafiyah. Cuma, Aafiyah ada pilihan apabila dewasa.



“Sekiranya bakat Aafiyah dirasakan luar biasa, tetapi saya percaya paling penting ketahanan mental dan fizikal,” katanya.

Mengulas Konsert A Night To Remember Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung di Persada Johor

pada 18 dan 19 November ini, Siti berkata, dia akan memastikan persembahan meninggalkan kenangan yang tidak mudah dilupakan.

“Saya tidak boleh lari menyanyikan rangkaian lagu hit dengan memberikan sentuhan berbeza,” katanya yang dijangka mendendangkan 20 lagu.



Selain Siti, konsert itu turut menampilkan penyanyi Aina Abdul dan Khai Bahar dan menyasarkan 5,000 peminat dan sehingga hari ini, 35 peratus tiket konsert dijual dengan harga tiket bermula RM299.

Kali terakhir, Siti menjayakan konsert di Johor Bahru kira-kira 10 tahun lalu.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker