Pembinaan Jambatan Palekbang bermula tahun ini – Ismail

Pembinaan Jambatan Palekbang bermula tahun ini – Ismail

Tumpat: Projek Jambatan Palekbang yang menghubungkan Kota Bharu ke Tumpat akan memulakan pembinaannya pada akhir tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengambilan tanah untuk pembangunan projek itu sudah hampir selesai dan pelantikan kontraktor untuk pembinaan jambatan itu akan dimuktamadkan sebelum akhir tahun ini.



“Jambatan ini akan menjadi pemangkin utama dalam menjadikan Kelantan sebagai destinasi pelaburan dan pelancongan pilihan di Pantai Timur, seterusnya dijangka dapat menambah baik taraf sosioekonomi rakyat tempatan.

“Jambatan sepanjang empat kilometer ini juga akan meningkatkan daya tarikan Kampung Laut sebagai destinasi wajib singgah dan akan menyelesaikan masalah aliran trafik di Kota Bharu yang sangat meruncing terutamanya semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

“Inilah komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembangunan seimbang dinikmati oleh rakyat Kelantan selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia,” katanya ketika berucap di majlis perasmian Laman Warisan Kampung Laut di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sehingga 31 Ogos lalu, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sudah berjaya menarik sebanyak RM13 bilion pelaburan komited yang bakal menjana 7,080 peluang pekerjaan dan hampir 300 peluang perniagaan yang kini menghampiri sasaran pelaburan komited sebanyak RM14 bilion.



Katanya, pihaknya percaya dengan adanya Pakej Insentif Khas Kelantan dan pembukaan sempadan negara, ECERDC akan dapat menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi ke ECER.

“Saya menghargai usaha penuh ECERDC dalam menerajui inisiatif-inisiatif pemulihan ekonomi negara di ECER, melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan modal insan, projek-projek strategik dan penarikan pelaburan baharu.

“Usaha ini berjaya merancakkan lagi kegiatan ekonomi di ECER dan seterusnya menambah baik kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Program-program pembangunan modal insan yang dilaksanakan di ECER yang mensasarkan golongan B40, penganggur dan masyarakat Orang Asli sudah mencatatkan kejayaan yang membanggakan, sekaligus menunjukkan keberkesanan program modal insan ECER yang dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Petronas dan MyKasih Foundation selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang inklusif,” katanya. HM



Pembinaan Jambatan Palekbang bermula tahun ini – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi



Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker