Industri jangan ambil kesempatan naikkan harga barang – PM

Industri jangan ambil kesempatan naikkan harga barang – PM

Pihak syarikat dan industri diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang atas alasan kenaikan bil elektrik selepas ketiadaan rebat selain turut dikenakan surcaj.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob memberi ingatan itu berikutan perubahan dalam bil elektrik yang perlu dibayar oleh syarikat dan industri selepas ini, difahamkan tidak terlalu besar sehingga membolehkan mereka mengambil kesempatan untuk berbuat demikian.

“Saya juga telah minta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membuat libat urus dengan syarikat besar terutamanya pihak industri supaya tidak berlaku kenaikan (harga barang),” katanya menurut laporan Bernama.



Ismail berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Monsun Timur Laut 2021/2022 sebanyak RM2,500 kepada setiap 1,157 ketua isi rumah mangsa banjir Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Norolazali Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai

Ismail berkata demikian apabila ditanya mengenai kemungkinan berlaku kenaikan harga barang selepas pengguna komersial dan industri akan dikenakan surcaj 3.70 sen/Kilowatt jam (kWj) dan tiada lagi rebat 2 sen/kWj seperti yang diberikan sebelum ini.

Berhubung ketiadaan rebat selepas ini, Ismail Sabri berkata kerajaan telah berbelanja besar dalam memberikan subsidi kepada pemain industri dan syarikat, iaitu lebih RM1 bilion kepada pihak terlibat sebelum ini.



“Konsep subsidi ini adalah salah kerana ia diberikan kepada syarikat besar, sedangkan subsidi sepatutnya diberikan kepada golongan sasar seperti mereka yang miskin. Kita sekarang dalam proses mahu memperbetulkan konsep ini supaya dijadikan subsidi bersasar.

Sebab itu, dari segi perubahan tarif elektrik, saya telah tegaskan bahawa semua pengguna domestik tidak akan dibebankan dengan kenaikan… tidak kira besar atau kecil rumah, B40 atau M40 semuanya tidak akan terlibat,” katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera berkata isu berkaitan kenaikan harga barang akan dibincangkan secara terperinci pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai kos sara hidup yang akan bersidang Isnin ini.

Mesyuarat bagi mencari kaedah mengurangkan tekanan kenaikan harga barang itu akan melibatkan pembentangan daripada kementerian terlibat seperti KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Pengangkutan.



Ismail, berkata untuk kali pertama, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut dijemput dalam mesyuarat ini untuk mengemukakan pandangan mereka bagi mengurangkan kenaikan harga barang. FMT

Industri jangan ambil kesempatan naikkan harga barang – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker