Rayer Jelutong buat perangai lagi, ganggu perbahasan Najib · MYKMU.NET

Rayer Jelutong buat perangai lagi, ganggu perbahasan Najib

Share

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer terus menunjukkan sikap tidak profesional apabila kembali ‘mengganggu’ perbahasan ahli Parlimen lain dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kali ini pemimpin DAP itu mengganggu Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib yang baru memulakan perbahasannya mengenai Belanjawan 2021 sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BN).

Bekas Perdana Menteri sebelum itu berkata, rakyat Sabah memerlukan bantuan pada tahun depan sebab negeri itu dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) paling lama tempohnya dan paling terjejas dalam gelombang ketiga penularan Covid-19.

Katanya, Sabah adalah kadar paling tinggi kemiskinannya dan bertambah teruk pada zaman ‘gagalkrasi’ Pakatan Harapan (PH) di mana kadarnya turun daripada 8.2 peratus pada tahun 2017 ketika zaman Barisan Nasional dan paling tinggi di antara negeri-negeri lain serta menjunam ke paling rendah untuk dua tahun berturut-turut dengan kadar pertumbuhan cuma 1.5 peratus pada tahun 2018 dan 0.5 peratus pada tahun 2019.

Rayer yang memohon mencelah meminta Najib menarik balik perkata ‘gagalkrasi’ kerana mendakwa tiada menteri dan ahli Parlimen PH yang ‘songlap’ RM42 juta wang rakyat dan tidak membayar cukai pendapatan RM1.6 bilion.

“Itu perkara tidak betul dan kita banding dengan perkara 1MDB yang langsung tidak didedahkan kepada rakyat,” katanya.

Keadaan itu menimbulkan kemarahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) sambil memberitahu semalam wakil kerajaan tidak menganggu perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rayer sepatutnya tidak menganggu perbahasan Najib.

Namun Rayer membalas; “Kenapa Baling (Abdul Azeez) berteriak, kami bukan pak turut macam engkau orang.”

Kekecohan akhirnya dileraikan oleh Speaker, Datuk Azhar Harun yang kemudiannya mengemukakan peraturan 36(6) di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang merujuk ‘seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.’

Jelas beliau, Najib tidak merujuk kepada sesiapa dalam perbahasannya itu dan tidak bermaksud begitu.

“Ini hanya hendak mengganggu persidangan dan semalam pihak pembangkang dapat satu jam setengah dan beri peluang kepada Pekan (Najib). Kita kena saksama,” – MG

Kenapa Guan Eng kena guna Jelutong untuk jawab – Najib

Leave a Reply