CAMPURTANGAN DALAM SILTERRA, SIAPA MAIN WAYANG?

SILTERRA – SATU LAGI RANTAIAN KEGAGALAN KHAZANAH ATAU KERAKUSAN POLITIK?

Di dalam kedudukan ekonomi negara yang bertambah tidak menentu walaupun tampuk pemerintahan negara telah bertukar dari PH ke PN yang kini diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khazanah masih kekal dengan rantaian kegagalannya untuk selamatkan syarikat-syarikat kerajaan apatah lagi meningkatkan prestasi pencapaian
mereka.



Silterra Malaysia Sdn Bhd kini bakal dijadikan mangsa seterusnya?

Terpapar dengan jelas di laman web Silterra seperti berikut; “SilTerra is proudly owned by Khazanah Nasional Berhad, the investment holding arm of the Government of Malaysia.”

Syarikat semikonduktor yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini telah wujud sejak 1995 dan diilhamkan oleh Perdana Menteri ke4, Tun Mahathir untuk Malaysia sama-sama setanding dalam industri teknologi dunia. Ini juga bermakna, selaras dengan impian Malaysia sebagai negara membangun yang sedang menuju
ke arah negara maju.

Tetapi mengapa Silterra berada dalam kerugian tahun demi tahun sehingga kini terpaksa mencari pelabur? Apakah ia disebabkan tiada kepakaran strategi perniagaan dan teknologi tempatan di Silterra atau kerugian Silterra disebabkan faktor lain yang melibatkan campurtangan Khazanah dan juga politik?



Di laman web Siterra juga menyatakan seperti berikut;

“Globally ranked 16th by IC Insights in the category of pure-play foundries, SilTerra’s leadership in the industry is the result of years of developing local skills as well as nurturing strategic partnerships.”

Jika ditafsirkan, Silterra tidak sepatutnya mencatat kerugian berbilion ringgit dari Disember 2008 sehingga 2017 sepertimana yang di dalam laporan TheEdge pada Januari 25, 2019 di mana Tan Sri Azman Mokhtar,Pengarah Urusan Khazanah telah menyatakan di dalam suratnya sebelum melepaskan jawatan di Khazanah pada bulan Ogos 2018.

Oleh kerana kerugian yang berterusan ini, maka Khazanah sebagai pelabur utamanya tidak diberi pilihan lain melainkan mencari rakankongsi lain samada dari dalam negara ataupun pelabor asing yang memerlukan dana besar bagi kelangsungan operasinya.



Dari segi prestasi kepakaran, SilTerra pernah mencatatkan yang syarikat ini juga pernah membekalkan cip kepada Appple dan Samsung. Namun, perolehan keuntungan masih tidak mampu membiaya operasi syarikat dan pembelian teknologi baru hanya kerana SilTerra terbeban dengan pembayaran pinjaman modal yang
diberikan Khazanah melalui terbitan sukuk bernilai RM1.8 bilion.

Maka, persaingan demi persaingan dan tawaran demi tawaran dari pelabur asing dan Malaysia masih berjalan rancak sehingga sekarang tetapi masih tidak mampu diputuskan walaupun parti pemerintah telah bertukar tangan untuk kali ke-3, dari BN ke PH dan kini PN.

Di mana kegagalan Khazanah sebenarnya?

Artikel sumbangan – Mantra



Artikel ini adalah pandangan penulis (Mantra) dan tidak membabitkan pihak Mytv.Online. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang komen.

Khazanah Nasional Menuju Kemusnahan

https://mykmu.net/2018/05/22/cadangan-gugur-kes-rasuah-lim-guan-eng-satu-campurtangan-politik/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker