Memalukan! Begini Kisah Skandal Seks Paderi Justin Bieber Dengan Wanita Muslim

 

Sebelum ini kecoh tentang kisah seorang paderi kepada penyanyi antarabangsa Justin Bieber, Carl Lentz dipecat dari gereja kerana di dakwa menipu.

Gereja Hillsong East Coast, New York menyebut tindakan Carl sebagai tidak bermoral. Selepas seminggu hal ini didedahkan, ternyata berapa fakta lain telah terbongkar menerusi pendedahan di laman The Sun.



Rupanya paderi yang pernah membantu Justin Bieber setelah berpisah dengan Selena Gomez itu menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita muslim. Malah Carl dan perempuan simpanannya itu sering melakukan hubungan seks.

Carl yang hadir di majlis perkahwinan Justin dan Hailey Bieber itu juga berbohong dan menyembunyikan statusnya sebagai paderi.

Carl  menjalinkan hubungan dengan pereka fesyen cantik berusia 34 tahun dari New York bernama Ranin. Dia mengaku telah menjalin hubungan selama lebih dari lima bulan sebelum putus. Ketika menceritakan kisahnya, Ranin mengakui bahawa hubungannya dengan Carl bukan hanya untuk seks.



“Saya bersama dengan dia bukan hanya untuk seks, kami berdua merasa selesa dan  istimewa antara satu sama lain. Dia sayang saya dan saya sayang dia. Itu adalah hubungan cinta yang tidak dirancang “kata Ranin seperti yang dilaporkan dari The Sun pada hari Selasa, 10 November 2020.

Mereka bertemu pada bulan Mei di Domino Park, Brooklyn, New York. Ketika dia bertemu, Carl terus menggodanya. Ranin juga mengakui bahawa dia tidak mengetahui identiti sebenar Carl, kerana dia seorang muslim.

“Saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai dunia Kristian, saya seorang Muslim,” sambungnya.

Ranin, Foto: The Sun

Bukan sahaja berbohong, Pastor Justin Bieber juga didapati menyembunyikan profesionnya. Malah Carl juga tidak memberitahu nama penuhnya kepada Ranin.



Selanjutnya, Carl juga mengakui bahawa dia belum berkahwin malah dia juga dilihat tidak memakai cincin.

“Dia mengatakan namanya Carl tetapi itu saja, dia tidak akan memberitahu saya nama penuhnya. Dia tidak memberitahu saya bahawa dia sudah berkahwin pada awalnya, dia tidak memakai cincin, “kata Ranin.

Carl bersama Isteri dan anak-anak. Foto: Dailymail.Uk

Ketika gereja memecat Carl, ternyata dia sempat datang menemui Ranin. Dia mengucapkan selamat tinggal dan mereka melakukan hubungan seksual sebagai tanda perpisahan.

“Tetapi dia meyakinkan saya bahawa dia akan selalu mencintai saya dan semua yang dia katakan itu benar. Dan berharap suatu hari saya dapat memaafkannya atas semua penipuan yang telah dibuat, “- tambahnya lagi. – Murai



https://mykmu.net/2020/10/30/lelaki-hunus-pisau-bunuh-tiga-orang-di-gereja-perancis/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker