Khazanah Nasional Menuju Kemusnahan

oleh Ab Jalil BBacker

Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional sebelum ini adalah terdiri daripada golongan profesional yang berkebolehan. Ini dibuktikan melalui rekod pencapaian syarikat dana kedaulatan negara ini sejak 2004 sehingga sekarang.

Apabila Mahathir menyerang Khazanah sebagai telah lari dari tujuan asal penubuhan menjaga kepentingan Bumiputera, mereka tahu Perdana Menteri hari ini bukan lagi waras dan sihat akal fikirannya.

Mana-mana orang yang waras akan tahu bahawa Khazanah Nasional tidak pernah ditubuh untuk menjaga kepentingan bumiputera. Ia tanggungjawab PNB.

Kemudian apabila pentadbiran Mahathir Mohamad menggunakan akhbar Singapura untuk menyerang Khazanah Nasional mengenai kerugian pada 2008, maka mereka semua menawarkan diri meletak jawatan.

Apa yang tidak diceritakan ialah Lehman Brothers merupakan pengurus dana asing yang terkenal dan apabila diisytiharkan muflis membabitkan banyak pelabur asing lain termasuk Singapore sovereign wealth fund GIC Private Limited yang dikatakan hilang USD 4 bilion membabitkan saham UBS ini.

Khazanah juga telah mendapat semula separuh dari pelaburan tersebut dari pentadbir Lehman Brothers, PricewaterhouseCoopers.

Mereka bukan orang politik, justeru mereka tidak akan mengambil bahagian bergaduh dengan orang-orang “gila” atau menjadi bidak percaturan politik tidak waras Mahathir.

Mahathir akan berbuat apa sahaja untuk menunjukkan Khazanah menjadi lebih baik dari sekarang. Ini termasuklah mewujudkan kekayaan dan kejayaan “artificial”.

Mahathir membeli masa sebelum menyerahkan kepada penggantinya sebuah negara dalam keadaan rosak tetapi menguntungkan kroninya.

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker