Moratorium Pukal dan Pengeluaran RM10 ribu KWSP, Syarat Wajib BN Sokong Belanjawan!

Share

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) membuat pendirian sokongan mereka ke atas Belanjawan 2021 adalah secara bersyarat.

Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers (BN), Datuk Seri Najib Razak berkata, syarat itu adalah kerajaan perlu meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off dan moratorium dilanjutkan hingga Jun 2021.

“Saya hendak kata bajet ini dibuat dalam masa yang luar biasa. Dan kalau hendak pinda, ia wajar dilalukan kerana dalam keadaan luar biasa.

Najib bidas Mahathir yang dakwa Belanjawan 2021 mufliskan negara

“Dalam hal ini pendirian BN seperti yang disuarakan Bagan Datuk (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), kita hendak pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 secara one-off dan moratorium dilanjutkan hingga jun 2021 diluluskan oleh kerajaan.

“Sokongan dan rakan-rakan dalam bajet ini tertakluk kepada kedua-dua perkara ini.

“Jadi, sokongan kita kepada bajet ini Yang Di-Pertua adalah bersyarat,” katanya katanya perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Rasional Pengeluaran KWSP: Pendedahan Hujah dan Jawapan Saya Kepada Menteri Kewangan

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN memaklumkan beliau telah mengutus surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menzahirkan beberapa perkara menjelang Belanjawan 2021.

Antara perkata itu adalah ahli-ahli Parlimen BN bersetuju supaya kerajaan mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh moratorium untuk tempoh enam bulan atau sebahagian daripadanya untuk mereka yang berkelayakan di bawah kumpulan B40 dan M40.

Jelasnya, ia juga meluluskan untuk pengeluaran sejumlah wang daripada Akaun 1 KWSP bagi mereka yang layak dan memenuhi syarat tertentu. MG

‘Sabah perlukan bantuan sekarang bukan tahun depan’ – Bossku

Leave a Reply