‘Sabah perlukan bantuan sekarang bukan tahun depan’ – Bossku

Bekas perdana menteri Najib Razak mengulangi gesaannya agar kerajaan menyegerakan pemberian dana tunai tambahan RM1,000 buat rakyat Sabah, khususnya penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Katanya, negeri itu dijangka bakal menerima pembayaran cukai petroleum sebanyak RM1.25 bilion tahun hadapan, ramai rakyat Sabah memerlukan bantuan segera.

“Sabah perlukan bantuan sekarang bukan tahun depan,” kata ahli parlimen Pekan itu pada sesi perbahasannya bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 dalam Dewan Rakyat hari ini.



Dilaporkan sehingga kini, terdapat 737,797 penerima bantuan BPN dari golongan B40 dan M40 di Sabah.

Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mencelah turut berpendapat bantuan RM1,000 juga boleh diberikan kepada penerima BPN di Sarawak, Kelantan dan Terengganu kerana negeri-negeri tersebut juga bakal menerima bayaran cukai petroleum dari Petronas.

Malaysia perlu belanjawan ‘perang’ berani, inklusif, memberi inspirasi, kata Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker