Rasional Pengeluaran KWSP: Pendedahan Hujah dan Jawapan Saya Kepada Menteri Kewangan

PENGELUARAN AKAUN 1 KWSP

Waktu berbincang dan berdiskusi dengan Menteri Kewangan Ahad lalu, ada 3 alasan yang diberikan oleh YB Datuk Tengku Zafrul kesukaran untuk KWSP membenarkan pengeluaran wang pencarum daripada Akaun 1. Antara hujahan Menteri dan jawapan balas saya adalah seperti berikut:

1. HUJAH PERTAMA MENTERI: Falsafah caruman adalah untuk simpanan hari tua. Jika dibenarkan maka pencarum berisiko untuk hadapi kesukaran di hari tua.

JAWAPAN BALAS SAYA: Ketika ini negara dan rakyat hadapi saat kesukaran luar biasa akibat Covid-19. Lebih utama untuk kita bantu rakyat ketika mereka dalam kesukaran sekarang kerana belum tentu mereka berupaya untuk hadapi masa depan.

2. HUJAH KEDUA MENTERI: Dana KWSP yang dicarum rakyat hakikatnya dilaburkan dalam bentuk ekuiti dan pelbagai bentuk pelaburan yang membantu pembiayaan dan penjanaan dana-dana domestik kerajaan bagi tujuan pembangunan. Melalui pelaburan inilah kerajaan dapat menjana keuntungan yang dipulangkan kembali kepada rakyat dalam bentuk tunai dan dividen.

JAWAPAN BALAS SAYA: Secara umumnya implikasi pengeluaran Akaun 1 jika dibenarkan pada kadar maksimum RM10,000, lebih kurang RM40-50 billion. Jika dibandingkan lebih RM800 bilion dana keseluruhan dana KWSP, maka sudah tentu keutamaan ketika ini untuk membantu rakyat yang sedang hadapi kecemasan dan kesukaran. Lagipun, ia dapat membantu meningkatkan aliran tunai rakyat.

Atau dengan kata lain rakyat akan memperolehi lebihan tunai di tangan untuk dibelanjakan. Apabila rakyat yang susah mula berbelanja, sebagai contoh membeli barangan keperluan harian ataupun pampers anak di kedai-kedai serbaneka, dengan sendirinya perpindahan wang dari tangan ke tangan akan mewujudkan kesan aliran tunai positif dalam ekonomi dan multiplier effect atau kesan gandaan yang akan merancak pertumbuhan ekonomi yang lembab akibat perniagaan yang tidak beroperasi akibat keupayaan tunai rakyat terbatas musim Covid-19.

COVID-19: Pengeluaran KWSP Akaun 1, Najib jawab semula kerajaan

3. HUJAH KETIGA MENTERI: Kebenaran pengeluaran Akaun 1 juga bermakna kerajaan terpaksa mencairkan pelaburan yang memberi pulangan dan keuntungan jangka panjang kepada negara dan rakyat. Bukan mudah nak cairkan pelaburan sekaligus.

JAWAPAN BALAS SAYA: Semakan pada Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP mendapati hampir 54% dana pencarum dilaburkan di instrument pendapatan tetap (bon Kerajaan dan lain-lain), 36% dana pencarum di perlaburan saham ekuiti, 4% di pasaran wang (money market) dan 6% dalam bentuk Hartanah dan Infrastruktur.

KWSP boleh mencairkan sebahagian daripada aset-aset khususnya pedapatan tetap dan saham ekuiti secara aktif, berhati-hati dan berjadual untuk menjana tunai yang diperlukan bagi program Pengeluaran Akaun 1 ini.

Langkah ini mungkin akan menjejaskan sasaran purata pulangan tahunan dividen KWSP kepada ahli yang mencarum, khususnya yang tidak terjejas oleh COVID-19. Namun, dengan pemulihan segara ekonomi negara, KWSP boleh menjana kembali pendapatan yang terjejas ini. Malahan, boleh dicapai dengan bantuan sokongan Kerajaan melalui peluang-peluang perniagaan lumayan di masa hadapan.

KWSP juga boleh kemukakan pelbagai syarat contohnya kebenaran pengeluaran secara bersasar bagi mereka hadapi kecemasan atau kesusahan seperti kehilangan pekerjaan atau alami pemotongan gaji berdasarkan rekod KWSP dan LHDN.

Malahan pengeluaran juga digalakkan secara beransur-ansur (contohnya RM1k sebulan selama 5-10 bulan).

Mudah-mudahan ada solusi dan maklumbalas positif hari Jumaat nanti beserta dengan cadangan-cadangan lain yang dikemukakan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Memorandum Suara Rakyat Untuk Belanjawan Negara 2021.

#PemudaBantuRakyat
#PemudaJurubicaraRakyat
#DemiRakyat
#Bajet2021
#Covid19
#PemudaTerasKebangkitan
#SokongPengeluaranAkaun1KWSP

2 cara tingkat aliran tunai KWSP jika pengeluaran Akaun 1 dibenar, kata Najib

 

Related Articles

2 Comments

  1. Seelok2nya Akaun 1 tidak diusik walau apa pun alasannya. Saya ada 2 orang kawan yang ada sakit kronik bergantung hidup pada hasil pelaburan KWSP selepas bersara. Boleh dikatakan mereka bernasib baik kerana mempunyai baki Akaun 1 yang agak baik untuk hidup cukup2 makan sahaja.

  2. di harap kwsp dapat kekalkan untuk bg kebenaran pencarum yg dh lama tak aktif caruman dapat keluarkan duit 500 selama 12 bulan dari akaun 1..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker