Najib ‘pukul balik’ blogger Syed Akbar Ali

Penulis blog OutSyed the Box ini satu lagi contoh pengamal propaganda PH.

Dia ini dulu banyak rapat dengan PM4 sehingga diberi projek IPP di Kulim pada tahun 1990an.

Namun projek dia gagal dan IPP itu diambil oleh bank sebab mereka tak mampu bayar balik pinjaman.

Dia pernah merayu untuk selamatkan projek dia tapi saya kata ini urusan dia dengan bank. Jika ada hutang, maka bayarlah hutang. Jika masih tak mampu bayar, maka rundinglah dengan bank.



Selepas itu, dia salahkan saya sebab bank telah lelong projek itu. Pembeli pula adalah Allahyarham Jamaluddin Jarjis yang dulupun telah kaya setelah syarikat dia disenarai dalam Bursa Malaysia dan juga diberi projek IPP di Sabah pada masa PM4.

Ini menambah kemarahan dia pada saya sebab Allahyarham pernah rapat dengan saya.

Dulu dia pernah tulis tentang bagaimana IPP dia telah “dirampas” tetapi dia telah padamkan artikel tersebut dalam link ini: https://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2018/08/dato-azam-baki-sprm-should-investigate.html



Tapi masih ada lagi di sini: http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2018/08/dato-azam-baki-sprm-should-investigate.html

Balik kepada artikel dia hari ini di mana dia tuduh saya boros dan kayakan kroni sebab pernah memberi kontrak untuk bina 6 kapal littoral bernilai RM6 bilion.

Siap diletakkan gambar sedih penunggang motosikal yang kini tular untuk memainkan emosi pembaca. (apa kaitan pemandu Grab dengan kapal perang, saya pun tak tahu)

Dia juga tuduh harga setiap kapal dalam kontrak ini adalah 5 kali ganda lebih mahal daripada kapal yang kerajaan BN beli dari China.



Biar saya jelas:

NOMBOR 1: Dia langsung TAK SEBUT siapa sebenarnya yang dapat kontrak ini. Projek diberi kepada syarikat Boustead – milik penuh LTAT. Bukan kroni sesiapa.

Ianya juga diberi kepada Boustead untuk mereka memajukan industri membina kapal perang kita sendiri.

Geng Patriot juga nampak ini dan seru projek diteruskan oleh Boustead sebab ianya akan menambah pengalaman dan kapasiti kita untuk menghasilkan industri pertahanan negara.



“August 10, 2020: Let Boustead Naval Shipyard finish combat ship project, says Patriot”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/08/10/let-boustead-naval-shipyard-finish-combat-ship-project-says-patriot/

Tak sebut siapa yang menang projek ini adalah petunjuk kepada niat amat jahat penulis ini.

NOMBOR 2: Tahap persiapan projek ini sekarang ialah 56.67% berbanding tahap 85.73% dalam jadual projek. Ya, memang dah lewat tapi juga perlu tahu bahawa ini antara projek yang tergendala selepas kerajaan ambil alih 22 bulan di mana syarikat Boustead rugi teruk – iaitu kerugian pertama dalam sejarah.

“August 03, 2020: Boustead RM9b warship project delay: Mindef mulls salvaging two of six vessels”
https://www.theedgemarkets.com/article/boustead-rm9b-warship-project-delay-mindef-mulls-salvaging-two-six-vessels



Ramai ahli pengurusan dan lembaga Boustead dan LTAT juga ditukar masa PH.

Sudah tentu projek ini telah dilambatkan lagi masa PH.

NOMBOR 3: Setiap kapal adalah berbeza sebab spesifikasi, kelengkapan dan kelas kapal berbeza. Takkan kereta Axia patut sama harga dengan X70 walaupun kedua-dua adalah kereta?

Penulis ini amat pelik sekali. Dulu dia penyokong tegar PM4/7. Tapi setelah setahun lebih kerajaan PH berlalu, dia benci PM4/7 pulak dan asyik serang PM4/7 pula.



Dia dah lama tak serang saya tapi tiba-tiba sambung untuk serang saya sekali lagi hari ini. Mungkin dia sudah ada kawan baru kot.

Sorry bro OutsyedtheBox. Ini bukan masa dulu sebelum PRU14 bila kamu pukul saya, saya tak jawab.

Sekarang saya pukul balik.

NAJIB RAZAK

UNTUNG SECUPAK RUGI SEGANTANG – NAJIB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker