COVID-19: Pengeluaran KWSP Akaun 1, Najib jawab semula kerajaan

 

Ada yang bimbang bahawa KWSP akan tertekan dari segi aliran wang tunai jika kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan “one-off” sehingga RM10k dari akaun 1.

Apabila saya membuat saranan ini setelah ramai Rakyat minta, saya juga pertimbangkan kemampuan KWSP dan kerajaan serta jumlah pencarum yang mungkin memerlukan skim ini.



Seramai 4.57 juta pencarum telah diluluskan untuk Skim i-Lestari KWSP pakej prihatan kerajaan yang membenarkan pengeluaran bulanan dari akaun 2 KWSP.

Dalam tempoh 5 bulan dari April hingga Ogos 2020, jumlah pengeluaran i-Lestari adalah sebanyak RM7.48 bilion.

Saya jangka jumlah pencarum yang mahu pengeluaran one-off akaun 1 juga sekitar jumlah yang diluluskan skim i-Lestari.
Maka;
4.57 pencarum X RM10,000 = RM45.7 bilion.

Itupun jika semua mahu atau layak untuk mengeluarkan sebanyak RM10,000. Ada yang mungkin mahu jumlah lebih kecil untuk keperluan terdesak.



KWSP mengumumkan jumlah keuntungan bagi tiga bulan Suku ke-2 2020 ialah sebanyak RM15.12 bilion.

Pengeluaran KWSP, daripada berhutang meminjam lebih baik guna duit sendiri

KWSP juga mengumumkan jumlah aset dilabur mereka adalah sebanyak RM929.64 billion pada 30 Jun 2020 di mana 49.2% pelaburan adalah dalam bentuk bon.
https://www.kwsp.gov.my/…/epf-records-rm15.12-billion…



Jika KWSP atau kerajaan bimbang dengan tekanan ke atas pasaran bon tempatab akibat pencairan bon sehingga nilai RM45.7 bilion dalam masa yang singkat untuk pembiayaan skim pengeluaran “one-off” ini, Bank Negara Malaysia (BNM) boleh membantu sebab mereka dibenarkan untuk membeli bon dari pasaran tempatan jika diperlukan.
“Bank Negara also buys bonds in the market if necessary – Zafrul”
https://www.malaysiakini.com/news/541609

Langkah BNM ini tidak berbahaya sebab Malaysia dan dunia kini dalam zaman inflasi negatif akibat ekonomi yang tertekan.

KWSP juga boleh memilih untuk membayar pengeluaran “one-off” ini secara bulanan dalam tempoh 3 bulan atau 6 bulan.

Dan bila duit ini sampai ke Rakyat terdesak dan dibelanjakan, ekonomi tempatan juga dirancakkan.
(Jangan guna duit ini untuk beli iPhone 12 pulak)



Ini zaman norma baharu. Sebab itu, norma baharu dan kaedah baharu juga diperlukan dalam pendekatan kerajaan untuk membantu rakyat serta merancakkan ekonomi..

Sukar untuk membenarkan tak bermaksud mustahil untuk dilakukan.

Nak, seribu daya…

Pada masa depan setelah ekonomi pulih apabila krisis Covid berlalu, barulah kerajaan dan pencarum cari jalan untuk pulihkan simpanan usia tua kita di KWSP



FB Najib Razak

Pengeluaran KWSP terhad kepada RM10k sahaja, tolonglah bantu rakyat – Najib



Related Articles

One Comment

  1. Saya seorang rakyat Malaysia …pandangan Di sini ialah mengenai isu pengeluaran caruman kwsp Yang hangat diusul Dan dibahaskan Dan dijadikan isu mengalih perhatian rakyat oleh seorang menteri..Yang sepatutnya perlu direhatkan Dari menjalankan tugas .Dalam situasi ini , Kita sebagai rakyat biasa ( saya sebagai rakyat Sabah yang telah terbiasa hidup Dalam kekurangan ) tidakpun merasakan kepentingan Yang mengharap sangat perlunya pengeluaran caruman kwsp, APA Yang Kita lihat sekarang ini kebanyakan sektor niaga tidak dapat dijalankan melibatkan hampir semua aktiviti perniagaan , maknanya apa juga Yang dibuat oleh rakyat untuk meningkat Kan sumber pendapatan tidak dapat dilakukan secara meluas kerana pendemik…apatalah lagi jika caruman dikeluarkan semata mata bagi tujuan suntikan niaga, hanya Akan membawa kerugian kerana pasaran Yang lembab Dan kurangnya permintaan terhadap produk…bagi saya , adalah lebih baik rakyat mengurang aktiviti Yang kurang mendatang pulangan/keuntungan Yang besar masa pendemik ini , Kita hanya fokus kepada Kos keperluan harian khususnya bekalan makanan dan membuat aktiviti sampingan Yang tidak memerlukan pengeluaran caruman kwsp sebagai modal niaga, sebaliknya Kita belanja secara berhemah Dan teranacang guna kewangan Yang Ada seperti gaji atau upah untuk membuat aktiviti kecilan yang boleh mendatang Wang cukup bagi memenuhi pembelian keperluan seharian semasa tempoh getir ini..selagi terdaya Dan Belum terdesak , caruman kwsp jangan keluarkan…Kita perlu belajar sejarah (mungkin lainlah kalau golongan / menteri keturunan Yang berada sejak sebelum perang memang hidup mewah ), bagaimana peritnya kehidupan nenek datuk Kita waktu era selepas perang dunia , tetap berusaha sedaya Yang Ada dikatakan Walau terpaksa makan ubi kayu untuk meneruskan kehidupan.janganlah jadikan isu pengeluaran kwsp (tersirat) untuk mengalih perhatian rakyat bagi mendapatkan popularity sebagai seorang menteri Yang konon memahami keperluan rakyat…atau ringkasnya sebagai wira …. cukup lah Kita memikirkan ( bagi saya seorang rakyat Malaysia ) bagaimana mengatur Keperluan kos Sara hidup dengan gaji Yang rendah Dan mengurang Kan aktiviti pergerakan ke tempat Yang tidak/kurang memberikan keberuntungan Yang selesa) serta mematuhi sop pergerakan Yang diarahkan oleh kerajaan pada masa ini , bukannya disantapkan dengan isu isu Yang berbalik kepada Dana peribadi rakyat Yang semestinya disimpan bagi tujuan masa depan keluarga ,tetapi sebaliknya disaranlah Pula untuk dikeluarkan atas alasan sebagai suntikan Kos keperluan meningkatkan pendapatan setiap pencarum , lainlah kalau Wang diberikan kerajaan Dari sumber Dana negara , ITU tetap OK ,Wang simpanan/tabungan rakyat tidak kacau sebaliknya (sebagai contoh) rakyat diberikan bantuan prihatian Yang mana bolehlah dikatakan dapat membantu untuk Kos keperluan Sara hidup Di samping untuk perancangan memulakan perniagaan secara kecilan , isu seumpama inilah sepatutnya diketengahkan kepada rakyat . Bukannya rakyat diajar memperjudikan Wang simpanan untuk mempertaruhkan sesuatu Yang kurang pasti ,Wal hal rakyat Masih lagi Belum sampai ke tahap miskin papa kedana Dan kebuluran.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker