Ibu model Belanda Ivana Smit mahu saman PDRM kerana cuai

Keluarga model remaja Belanda Ivana Smit, yang ditemui mati di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 2017, bercadang menyaman polis Malaysia atas kecuaian dalam siasatan kes itu.

Peguam Sankara Nair berkata, notis undang-undang sedang disediakan berdasarkan arahan keluarga terbabit yang berada di Belanda, semalam.

“Saya boleh mengesahkan saya diarah Christina Verstappen, ibu Ivana, untuk memulakan prosiding sivil terhadap polis Malaysia atas pelanggaran tugas statutori dan kecuaian,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Nair tidak memberi maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Ivana ditemui mati di Kondominium CapSquare di pusat bandar Kuala Lumpur pada 7 Dis 2017, selepas jatuh dari sebuah unit di tingkat 20 milik pasangan Amerika Syarikat, Alex Johnson dan Luna Almaz. Beliau berusia 18 tahun ketika itu.

Polis kemudian mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan koroner memutuskan kematiannya ialah nahas.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian memerintahkan peguam negara dan polis menyiasat kes itu sebagai pembunuhan, selepas mengetepikan keputusan koroner.

Terdahulu, keluarga Smits dan peguamnya kesal dengan pihak berkuasa Malaysia yang belum memaklumkan mereka perkembangan siasatan baharu ke atas kematiannya seperti diarahkan Mahkamah Tinggi hampir setahun lalu.

FMT sudah menghubungi Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk mendapatkan perkembangan terkini tetapi setakat ini masih tiada komen daripadanya.

Ivana berpindah ke Pulau Pinang ketika berusia 3 tahun pada 2002 dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya. FMT

https://mykmu.net/2017/10/19/mitos-durian-belanda-sebagai-ubat-kanser/

Related Articles

One Comment

  1. saman mesti nak berjuta ringgit sebab duit mak-bapak dah banyak habis besarkan anak sekolahkan anak jadi orang pandai walaupun pencapaian setakat jadi model terlajak sampai menyundal diri…nak berjuta ringgit sebab anak tak dapat & tak sempat bagi banyak itu jadi samanlah polis dengan harapan dapat berjuta ringgit, kira nak balik modal lah tu

    tentang nak salahkan PDRM, aku rasa tak berapa wajar…dikatakan pasangan amerika itu tak mahu beri kerjasama bila disoal-siasat, kenapa polis tak lanjutkan tahanan reman? bagaimana dengan siasatan, apakah menyeluruh atau setakat ala-kadar?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker