Pengeluaran KWSP terhad kepada RM10k sahaja, tolonglah bantu rakyat – Najib

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan,” kata PM8.

Mungkin boleh pertimbangkan untuk pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak dan membenarkan serta menggalakkan pencarum top-up semula pada masa depan apabila keadaan pulih?

Bukan keluarkan semua tapi hadkan kepada pengeluaran “one-off” sehingga RM10k.

Kerajaan juga boleh memastikan KWSP diberikan peluang dengan pelbagai projek untuk untung besar pada masa hadapan untuk memberi pulangan lebih besar kepada pencarum demi memulihkan baki akaun KWSP seperti apa yang kerajaan BN buat dahulu dengan projek Kwasa Damansara, pemilikan kepentingan 49% dalam PLUS dan projek Battersea UK.

Jangan hanya beri segala projek-projek seperti ini kepada pihak swasta sahaja sebab kita perlu ingat dan sedar bahawa Rakyat adalah kroni sebenar kita.

Mohon PM8 pertimbang semula.

NAJIB RAZAK

Beri pelepasan cukai one-off untuk individu terjejas- Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker