2 cara tingkat aliran tunai KWSP jika pengeluaran Akaun 1 dibenar, kata Najib

Kerajaan boleh menaikkan semula kadar caruman statutori bulanan majikan dan pekerja pada masa depan jika pengeluaran simpanan Akaun 1 dibenarkan ketika rakyat berdepan tekanan ekonomi, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

“Kadar caruman sering diturunkan pada masa ekonomi perlukan suntikan. Ini juga dilaksanakan pada Feb tahun ini apabila kadar caruman statutori pekerja diturunkan dari 11% ke 7%.

“Mereka yang mengeluarkan wang dari Akaun 1 dan Akaun 2 (melalui skim i-Lestari) boleh dinaikkan kadar caruman ini selepas ekonomi bertambah baik agar mereka boleh memulihkan simpanan usia tua mereka dalam KWSP,” katanya di Facebook, malam ini.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga mempunyai tanggungjawab membuka peluang kepada KWSP menjana keuntungan menerusi projek yang menguntungkan seperti yang dilakukan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.



Antara projek bernilai tinggi membabitkan KWSP adalah projek Kwasa Damansara, projek Battersea di United Kingdom dan Lebuhraya PLUS.

Katanya, 2 kaedah mampu meningkatkan kembali aliran tunai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jika pencarum dibenar mengeluarkan simpanan Akaun 1 mereka.

“Hakikatnya, dividen KWSP masa saya perdana menteri adalah antara yang tertinggi sejak 20 tahun lalu.

“Sebab itu, saya tak bimbang pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak sebab saya tahu kerajaan boleh bantu memulihkan simpanan KWSP jika berniat untuk jaga kroni saya, iaitu rakyat,” katanya.



Terdahulu, Najib mengesyorkan supaya kerajaan membenarkan pengeluaran ‘one-off’ dari Akaun 1 sehingga RM10,000 secara bulanan bagi tempoh 3 hingga 6 bulan, sekiranya KWSP bimbang akan tertekan dari segi aliran wang tunai jika kerajaan membenarkan pengeluaran sekali gus oleh pencarum.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa pencarum akan berdepan masalah besar pada masa akan datang jika kerajaan membenarkan wang daripada Akaun 1 KWSP dikeluarkan.

Katanya, beliau menyedari bahawa cadangan membolehkan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP disebabkan rakyat terbeban dengan impak ekonomi susulan penularan wabak Covid-19. FMT

COVID-19: Pengeluaran KWSP Akaun 1, Najib jawab semula kerajaan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker