Tiga cara kerajaan bantu KWSP tambah pendapatan – Najib

Kelab Ahli Parlimen Backbenchers (BN) mengemukakan tiga cadangan bagai kerajaan mencari jalan memulih dan memastikan pencarum Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) dengan baki simpanan rendah dapat menambahkan simpanan dengan kadar paling cepat.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak berkata, ia bagi boleh sewaktu pencarum bersara nanti, simpanan mereka di dalam Akaun 1 akan mencukupi.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, tanggungjawab kerajaan bukan untuk menafikan pencarum dari mengakses wang milik mereka sendiri pada masa mereka paling terdesak.

“Perkara ini boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu pertama, selepas Covid-19, kerajaan boleh membantu KWSP untuk meraih pendapatan yang lebih dengan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP.

“Contohnya, sebelum ini projek KWASA Land atas tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek Battersea di United Kingdom serta pemilikan 49 peratus di dalam syarikat PLUS. Bukan diberikan kepada kroni.

“Kedua, menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum dan ketiga mengubah struktur pembayaran dividen kepada struktur berperingkat dengan izin multi-tier dividen structure di mana baki simpanan yang lebih rendah akan terima dividen yang lebih tinggi supaya pembahagian keuntungan KWSP akan lebih memihak kepada pencarum yang mempunyai baki simpanan rendah.

“Dengan ini, simpanan masa tua pencarum yang terpaksa mengeluarkan wang secara one-off dari Akaun 1 dapat dipulihkan dalam masa terdekat,” katanya katanya perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Najib yang bekas Menteri Kewangan menjelaskan ,jumlah aset terkumpul KWSP bernilai RM940 bilion pada masa kini dan sekiranya empat juta pencarum mengeluarkan maksima yang dibenarkan sebanyak RM10,000, ia akan mengakibatkan keperluan dicairkan wang tunai sebanyak RM40 billion.

Namun beliau percaya, tidak semua pencarum akan mengeluarkan jumlah maksimum dan kemungkinan jumlah yang diperlukan sekitar RM20 bilion hingga RM30 bilion.

Malah beliau turut yakin jumlah itu mampu disediakan oleh KWSP tambahan lagi Bank Negara boleh membeli bon-bon kerajaan yang dimiliki oleh KWSP.

“Perlu sedar bahawa 49 peratus aset KWSP adalah dalam bentuk bon kerajaan dan Bank Negara boleh membantu dengan pelupusan bon ini tanpa memberi impak besar kepada pasaran bon tempatan.

“Kita bukan mahu memaksa KWSP untuk mencairkan aset ekuiti pada masa nilai aset rendah. Secara tidak langsung menambah wang dalam kitaran atau money circulation dalam ekonomi agar pekerjaan dapat diselamatkan dan ekonomi dapat dirancakkan dengan penambahan permintaan ini merupakan keutamaan kita,” katanya. MG

Belanjawan 2021: Benarkan lebih ramai keluar caruman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker