Tak perlu imbas MySejahtera ketika isi minyak

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan berkata, ‘perjumpaan singkat’ seperti mengisi minyak atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas kod QR MySejahtera.

PETALING JAYA: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjelaskan tiada keperluan mengimbas kod QR MySejahtera ketika mengisi minyak, susulan laporan semalam menyatakan orang ramai boleh didenda jika tidak berbuat demikian.

Dalam maklum balas e-mel kepada pertanyaan umum yang dilihat FMT, CPRC berkata, seseorang itu perlu mengimbas kod QR ketika memasuki sebuah premis.

“Perjumpaan singkat seperti mengisi petrol di stesen minyak atau membuat pembayaran tidak perlu mengimbas MySejahtera,” menurut e-mel itu.

Seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan perkara itu kepada FMT.

Ia selepas satu klip audio seorang lelaki mendakwa bapanya didenda RM1,000 kerana tidak mendaftar dengan aplikasi itu ketika mengisi petrol di stesen minyak-FMT

Cara mudah buat sendiri kod QR MySejahtera untuk premis anda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker